Baru lepas telefon mak.Tapi tak dapat cakap lama dengan mak, mak tengah beli ikan untuk masak makan tengahari.Tiba-tiba rasa sebak.Diusia mak yang sekarang, alangkah baiknya kalau dapat jaga mak.Jaga makan, minum, pakaian, kesihatan mak.Boleh mak beribadat dan berehat dengan tenang. Tetapi sekarang, saya juga seorang mak.Ada tanggungjawab sebagai mak yang harus saya laksanakan.Tanggungjawab yang lebih utama lagi, adalah tanggungjawab seorang isteri. Apatah lagi saya hidup diperantauan, jauhnya beratus kilometer dari kampung mak.Hampir sehari perjalanan.Agak sukar nak balik jenguk mak dan ayah selalu.Nak bawak mak dan ayah duduk sekali dengan saya, mak dan ayah memang tak nak. Iyalah, lebih seronok tinggal kat kampung.Ramai saudara mara dan kawan-kawan.Mak dan ayah lebih selesa dengan suasana kampung, tenang, rapat dengan jiran-jiran.Kalau ada kenduri kendara, adat bergotong royong buat kerja sama-sama masih ada.Nak pergi masjid pun senang, dekat, boleh jalan kaki.
Kadang-kadang, rasa rindu nak sembang-sembang dengan mak macam zaman-zaman dulu, zaman remaja, zaman belum berkahwin. Baring-baring depan tv, cabut uban mak, sembang-sembang bermacam-macam perkara.Sembang hal orang perempuan sambil mak turunkan ilmu, sembang-sembang resepi masakan dan petua-petua, hinggalah kezaman mak kecik-kecik, zaman jepun, cerita mak adik-beradik yang hanya makan ubi kayu atau nasi yang dicampur pisang rebus.Kalau ada masalah, maklah tempat mengadu.Sampaikan masalah bercinta pun tanya mak.Walaupun kadang-kadang, mak hanya jadi tukang dengar, tapi itu pun dah cukup buat rasa lega.Nyamannya rasa bila tangan mak mengusap-ngusap rambut dikepala.Teringat dulu masa zaman belajar kat UPM, nak pergi UPM Serdang dari kampung naik keretapi.Selalu kena gelak-gelak dengan orang-orang atas keretapi bila nak naik keretapi, cium mak berkali-kali....'ish ish kesiannya dia, dah nak kena tinggal mak.Tak boleh tido bawah ketiak mak lagi..' selalu jugak kena ejek2 macam tu..........hehe.........
Sekarang semua itu dah jadi kenangan.Sekarang ini, anak-anak saya pulak yang menagih perhatian dan kasih sayang.Kalau dulu, dah besar pun nak bermanja-manja dengan mak.Tapi sekarang, anak-anak pula yang nak bermanja.Dapat balik kampung pun jarang-jarang, bila balik seakan-akan tak cukup masa nak bersama-sama dengan mak.Iyalah, bila balik jarang-jarang, banyak perkara yang hendak dilakukan.Saudara mara perlu juga dilawati sebab jarang-jarang dapat jumpa, perlu juga bertanya khabar dan kenalkan anak-anak pada saudara mara supaya ukhuwah kekeluargaan tetap kekal walaupun berjauhan.
Bukanlah saya menyesal, berkahwin dan ada anak. Malah, saya syukuri nikmat dan rezeki yang Allah berikan, ada suami yang penyayang dan bertanggungjawab, ada putera, puteri pelengkap,penyeri dan peneman hidup kami.Berkat hasil didikan dan asuhan mak dan ayahlah, saya ada apa yang saya miliki hari ini.
Pesanan untuk kawan-kawan yang masih belum berkahwin.Janganlah bersedih kalau lambat bertemu jodoh.Ambillah peluang ini untuk menjaga dan mencurahkan kasih sayang sebanyak2nya pada mak dan ayah sementara kalian masih belum sibuk untuk menjaga pasangan dan anak-anak.Dan alangkah bertuahnya, sesiapa yang masih dapat tinggal bersama mak dan ayah.Seboleh-bolehnya, janganlah bebankan mak dan ayah dengan perkara yang tak sepatutnya mereka pikul diusia mereka ini.Berilah mereka ketenangan untuk mereka nikmati kehidupan dihujung usia mereka ini setelah berpenat lelah menjaga kita dan adik beradik selama ini. Dan,seboleh-bolehnya, lapangkanlah mereka dari perkara-perkara yang tak sepatutnya mereka lakukan supaya dapat mereka penuhi dengan mendekatkan diri kepada Allah. Ambillah peluang yang ada untuk jaga mak dan ayah kita sehabis baik.
Buat yang dah lama berkahwin, tapi masih belum ada anak atau mungkin tak akan ada anak, janganlah bersedih.Hikmahnya, kalian punya peluang yang lebih banyak untuk menjaga mak dan ayah. Jenguklah mereka sekerap yang boleh sekiranya mereka tidak tinggal bersama.Curahlah kasih sayang sebanyak2nya untuk mak dan ayah, wali keramat kita!
Zapin Yang Tinggal
(Ramlah Ram)
-------------------------------------------------
Masih ada lagi, rumah lama tinggalan ayahanda
Bila aku pulang, masih lagi terbayang lagumu
Rasa wangi lagi, haruman mu ibu
Keringat ayah, di kamar yang tinggal
Bila aku pulang, masih lagi terbayang lagumu
Rasa wangi lagi, haruman mu ibu
Keringat ayah, di kamar yang tinggal
Ibu... aku telah dimiliki
Jauh... kutinggalkan desa ini
Pusaramu kusiram, kurasakan aku direstui
Apa yang kau berikan, aku kini rasa disayangi
Jauh... kutinggalkan desa ini
Pusaramu kusiram, kurasakan aku direstui
Apa yang kau berikan, aku kini rasa disayangi
Pulang abang, pulang saudaraku
Masih hijau, di desamu ini
Bayu masih, seperti dahulu
Hujan rintik, dihias pelangi
Masih hijau, di desamu ini
Bayu masih, seperti dahulu
Hujan rintik, dihias pelangi
Ku mohon ampunmu, pinta ibu tidak kutunaikan
Kutinggalkan jua, desa ibu yang sangat kucinta
Harus kuikuti, tempat ku berpegang
Selepas kau pergi, kami yang tertinggal
Kutinggalkan jua, desa ibu yang sangat kucinta
Harus kuikuti, tempat ku berpegang
Selepas kau pergi, kami yang tertinggal
Saudaraku, dengar nyanyianku
Kalau boleh, ulanglah selalu
Saya suka dengar lagu Ramlah Ram ni. Tapi mak saya masih sihat walafiat. Saya berikan mak saya Qaseh Gold Premier dan SOLE. Seronok rasanya, dapat menyumbang kepada kesihatan mak dan ayah. Dapat berbakti pada mak dan ayah, walaupun jauh dimata.
Kawan-kawan nak bagi hadiah terbaik untuk mak dan ayah?Jangan teragak-agak, boleh hubungi saya, ye........
Whatsapp :
012-6791454
SAKINAH
No comments:
Post a Comment