Kunyit, halia dan lengkuas biasanya bahan penting kalau kita nak masak gulai,sup atau apa saja jenis masakan.Tapi biasanya sikit jer yang kita guna kan? Selalunya lebihan halia, lengkuas atau kunyit yang kita tak habis guna tadi akan dibazirkan macam tu aje sebab biasanya ia akan jadi kering atau busuk dan tak boleh digunakan lagi kalau tak betul cara penyimpanannya. Saya sebenarnya pun baru dapat petua ni dari kawan saya yang berkongsi melalui group wasap. (terima kasih wan,pinjam gambar sekali eh.......hehe)
Caranya ialah dengan memasukkan lengkuas, halia atau kunyit yang masih segar kedalam bekas yang berisi air dan simpan dalam peti sejuk.Saya google, ada yang cakap tak simpan dalam peti sejuk pun takpe, tapi saya simpan dalam peti sejuk. Tapi air tu mestilah ditukar 3 atau 4 hari sekali, jangan sampai air tu berlendir.Dengan cara ni, boleh tahan sampai dua bulan, lengkuas, kunyit dan halia tu masih elok dan masih boleh digunakan untuk memasak. Ha, cuba ye kawan-kawan.

Cara lain kalau kita tak nak bazirkan kunyit dan halia ialah dengan buat garam kunyit (yang biasanya kita lumurkan pada ayam atau ikan kalau kita nak goreng ayam atau ikan tu) ready made. Selain tak membazirkan lebihan kunyit atau halia yang tak habis digunakan, kaedah ini juga dapat menjimatkan waktu memasak. Saya biasanya kisar kunyit, halia dan bawang putih dengan cuka.Cuka tu jangan banyak sangat, agak2 cukup untuk kita kisar kunyit, halia dan bawang putih tu.Cuka tu kalau tak berlebihan, dia tak buat ayam atau ikan kita jadi rasa masam, bahkan boleh menghilangkan bau hanyir ayam atau ikan. Ayam pun jadi rangup kat luar, tapi lembut kat dalam bila kita goreng.
Bila dah lumat kita kisar kunyit, halia dan bawang putih tu, bolehlah kita tuang didalam bekas dan campurkan dengan garam.Gaul-gaulkan garam tu biar sampai sekata dengan bahan yang dikisar tadi.Dah siap! Boleh simpan didalam bekas. (*gunakan bekas atau botol yang kita tak sayang sangat sebab nanti bekas atau botol tu jadi kuning. Begitu jugak blender, elok guna jar yang berasingan sebab jar blender tu nanti jadi kuning.) Nanti nak masak, just lumurkan je pada ayam atau ikan.Kerja memasak pun jadi cepat kan. Garam kunyit ni boleh tahan lama berbulan-bulan, tak rosak pun.Sebab garam dan cuka tu dah preserve bahan2 kisar tu. Ni hasil yang saya punya, saya recycle bekas aiskrim jer untuk simpan garam kunyit ready made ni.
*kalau tak nak masukkan cuka pun takpe.hanya gaul2kan halia dan kunyit yang dikisar dengan garam sahaja pun boleh.