Assalamualaikum wbt
Cabaran Emosi
Pada saya, inilah cabaran terbesar yang perlu ditangani dengan bijak apabila menjadi surirumah. Ada ramai yang tak sanggup menghadapi cabaran ini, sehingga takut untuk berhenti kerja dan ada yang mengambil keputusan untuk kembali bekerja walaupun sudah berhenti kerja.Antara perkara yang mencabar emosi apabila menjadi surirumah ialah
petikan : http://www.khairunnisahamzahara.com/
1. Tiada lagi wang sendiri
2. Tidak ada kepuasan membeli
3. Ketidakstabilan ekonomi keluarga
4. Tiada kewangan 'back-up'
Untuk mengatasi masalah kewangan, kita boleh cuba berniaga dari rumah kerana sekarang ramai yang berniaga dari rumah kerana kemajuan teknologi hari ini dan bertambahnya perkhidmatan sokongan seperti khidmat kurier. Atau kita boleh bekerja dari rumah seperti menjahit, mengambil tempahan kuih muih, kek , roti atau masakan lauk pauk sekiranya mempunyai kemahiran memasak, membuat khidmat home tuition ataupun ambil upah mengasuh kanak-kanak. Sedikit sebanyak dapat juga wang sendiri malahan mungkin dapat meningkatkan ekonomi keluarga.
Mengimbas kembali, sudah hampir dua tahun setengah rupanya saya menjawat jawatan sebagai surirumahtangga sepenuh masa ni. Bila difikirkan kembali, surirumah bukanlah kerjaya pilihan atau yang dicita-citakan ketika zaman kecil-kecil dulu.Malahan, ketika saya mula-mula menjejakkan kaki kealam pekerjaan setelah tamat belajar dulu, menjadi wanita yang mempunyai kerjaya yang hebat disamping keluarga yang sempurna menjadi angan-angan indah saya.....
Tetapi, setelah saya berjaya memiliki pekerjaan yang saya amat selesa dengannya, (apa yang saya maksudkan selesa ialah, gaji dan faedah-faedah yang berpadanan, syarikat yang kukuh, bos yang baik hati dan memahami dan boleh jadi kawan baik, dan ada kawan-kawan yang baik dan 'sekepala') saya masih belum selesa dengan kehidupan saya. Perasaan tu mula timbul bila saya dah ada anak. Sebelum ada anak, (hampir 4 tahun kahwin, baru saya ada anak) saya seronok bekerja. Iyalah, takde tanggungjawab besar yang lain yang saya harus fikirkan, cuma kena jaga suami je. Tapi bila dah ada anak, pegi kerja pun teringat-ingat kat anak. Tambah-tambah lagi bila anak masih lagi bayi, sayu jer rasa hati bila pengasuh bagitau anak tak nak minum susu dari botol susu.Iyelah, dah biasa dapat fresh dan direct dari ibu kan....hihi
Saya selalu rasa bersalah pada anak, rasa tak cukup perhatian dan kasih sayang yang saya berikan pada mereka. Kerana saya bekerja, masa yang ada untuk anak-anak hanya sedikit. Keluar rumah waktu diorang masih lagi tidur, bila balik kerja , kalut nak bersihkan diri, nak masak, kemas rumah, basuh baju, lipat baju dan bermacam lagi kerja rumah yang perlu disiapkan, sebab esok hari nak kerja lagi. Sayu rasa hati bila tengok wajah anak-anak waktu diorang tidur.Rasa sangat sedikit waktu yang saya peruntukkan untuk diorang, sedangkan merekalah harta saya yang paling bernilai yang perlu dijaga sebaik-baiknya.
Pada masa itu, perasaan nak berhenti kerja tu memang kuat.Tapi bukan mudah nak ambil keputusan berhenti kerja ni. Bermacam-macam yang saya fikirkan. Tetapi nak dijadikan sebab, suami saya ditukarkan tempat kerja, luar dari Selangor. Saya merasakan inilah jalan keluar kepada masalah saya. Jadi, saya nekad berhenti kerja untuk ikut suami berpindah ke Negeri Sembilan.Sejak itu, rasmilah saya menjawat jawatan SURIRUMAHTANGGA sepenuh masa.
Tetapi, menjadi surirumah bukanlah mudah dan ada cabarannya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi apabila kita bekerja sepenuh masa sebelum ini. Pada kawan-kawan atau adik-adik yang sedang menghadapi dilema seperti yang saya pernah alami, ingin berhenti kerja dan menjadi surirumahtangga sepenuh masa, saya kongsikan cabaran-cabaran yang saya hadapi bila menjadi housewife ni............ ☺
Cabaran Emosi
Pada saya, inilah cabaran terbesar yang perlu ditangani dengan bijak apabila menjadi surirumah. Ada ramai yang tak sanggup menghadapi cabaran ini, sehingga takut untuk berhenti kerja dan ada yang mengambil keputusan untuk kembali bekerja walaupun sudah berhenti kerja.Antara perkara yang mencabar emosi apabila menjadi surirumah ialah
1. Rendah Diri
Terganggu dengan pertanyaan dan pandangan orang-orang di sekelililing. Lebih-lebih lagi apabila kita mempunyai diploma atau ijazah. Ayat-ayat seperti ' kenapa tak kerja, sayang jer ada ijazah,membazir, buat penat je belajar tinggi-tinggi'. Ini membuatkan kita menjadi rendah diri, iyelah, ramai orang memandang, surirumah hanyalah kerjaya untuk perempuan yang tak berpelajaran tinggi atau tak mendapat pekerjaan. Tambah-tambah lagi bila ada ahli keluarga sendiri memandang rendah pada kita apabila kita menjadi surirumah.
Disinilah pentingnya kita mempunyai niat dan matlamat yang betul sekiranya kita ingin menjadi surirumah. Walaupun ada yang menjadi surirumah sepenuh masa kerana tak mendapat sebarang pekerjaaan, tapi tetapkanlah niat dan matlamat kita supaya kita tahu apa yang kita lakukan mengikut landasan yang betul untuk mencapai matlamat kita.Tak ada niat dan matlamat, seolah-olah kita tak ada tujuan kan......Dan pentingnya niat dan matlamat ini, apabila kita ada terguris dengan kata-kata atau pandangan rendah orang lain kerana kita hanyalah surirumah, kita dapat memujuk perasaan kita dengan mengingat kembali niat dan matlamat kita tersebut. InsyaAllah, hati akan terasa lebih tenang.
*******
"Innamal A'malu Bin Niat" Sesungguhnya setiap amalan itu di mulakan dengan niat.
Mulakan lah dengan niat yang betul. "Aku ingin menjadi suri rumah sepenuh masa untuk mendidik dan mengasuh anak-anak ku sendiri. Akulah institusi kekeluargaan ku. Aku akan berusaha untuk melakukan yang terbaik buat keluargaku walau pada awalnya banyak yang aku tak tahu untuk laksanakan, aku pasti;- cepat aku mulakan, cepatlah aku belajar, cepat aku belajar, cepatlah aku menguasai dan mahir dalam pengurusannya. Insyaallah"
Contoh salah satu niat tambahan mengikut professionsi, " Aku seorang arkitek, yang berkhidmat dengan kerajaan, tugas ku membantu proses rekabentuk dan pembinaan projek-projek pembangunan kerajaan agar terjaminnya kemudahan untuk rakyat. Aku bersengkang mata memikirkan dan menyiapkan kerja , akau bersengkang masa dengan keluarga demi memantau sesebuah projek terlaksana dengan baik walau terpaksa outstation beribu batu" "Namun aku makin perasan, makin lama aku memikirkan hal pembangunan negara, aku makin terpikir hal pembangunan keluarga. Di mana anak-anak ku pada masa ini, apa yang mereka sedang buat? marah kah mereka pada aku sebab aku tak dapat jaga dan asuh mereka di kala ini. Bagaimana pula dengan suami ku, telah makan kah dia pada masa tengah hari ini. Kecewa kah dia bila aku pilih untuk berjauhan, outstation ke tapak pembinaan di negeri lain ini, adakah aku menyakitkan hati insan-insan di kelilingku? Mungkin kah mereka faham situasi yang aku perlu siapakn projek-projek ini? Sekejap,..........jika aku tak ada hari ini di tapak projek, masih ada ramai yang akan sambung melaksanakan projek ini. Tapi jika aku tidak ada dalam rumah ku hari ini, terkapai-kapailah keluargaku, porak peranda rumahku. Siapa yang akan menggantikan diri ku? Ya..siapa??? Aku seorang arkitek! Aku bukan sekadar mempunyai ilmu pembinaan, tapi aku ada ilmu kesedaran terhadap setiap perkara pembinaan dan rekacipta. Ya akan aku usahakan untuk membina keluarga ku dahulu sambil itu akan aku sentiasa mengamalkan ilmu pembinaan ku walau hanya di rumah.
Begitulah , kita perlukan satu niat yang logik, emosi, realiti, dan niat yang murni sebelum memulakan sesuatu. Jauhkan niat ingin menjadi suri rumah sebab nak tunjukkan yang suami aku mampu biaya aku, sebab aku insan terpilih, sebab aku malas nak kerja dan segalanya yang negatif dan riak. Jauhkan. Tanpa niat yang betul, kalian pasti boleh jadi seperti cacing kepanasan di rumah kerana tanpa niat maka tiadalah matlamat. Kalian akan terpinga di rumah dan akhirnya memakan diri sendiri.
petikan : http://www.khairunnisahamzahara.com/
******
2. Bosan dengan rutin harian yang sama
Menjadi surirumah biasanya kita melakukan rutin harian yang sama. Bangun pagi, siapkan diri, kemas rumah,basuh baju, masak sarapan, siapkan pakaian suami , siapkan anak untuk kesekolah, hantar anak kesekolah, pergi pasar beli lauk, masak makan tengahari, ambik anak dari sekolah, sediakan makan tengahari untuk anak-anak, hantar anak kesekolah agama, sediakan minum petang, masak makan malam, kemas dapur, lipat baju, gosok baju dan banyak lagi yang tak mampu saya senaraikan semua. Tetapi biasanya, inilah kerja-kerja surirumah yang diulang-ulang rutinnya setiap hari, kecuali hari minggu atau hari-hari cuti am dimana suami dan anak-anak bercuti dan ada dirumah.
Biasanya, saya ubah sedikit rutin harian saya tu bila saya mula ada rasa bosan. Contohnya, kita boleh bercuti memasak, beli je dari kedai atau makan kat kedai. Kain baju boleh hantar pegi dobi. Masa yang terluang tu bolehlah kita gunakan untuk bersantai dengan anak-anak ditaman permainan atau pergi jalan-jalan ke shopping kompleks, atau buat aktiviti kegemaran seperti menonton bersama anak-anak, atau berkebun.
3. Kurang atau tak ada 'ME TIME' ( waktu untuk kita lakukan apa yang kita suka untuk diri kita sendiri tanpa kehadiran orang lain )
Apabila mempunyai anak, kebanyakan masa kita akan bersama anak-anak baik dirumah mahupun mahu keluar kemana-mana. Tak dapat lagi nak pegi shopping dengan tenang, keluar dengan kawan-kawan bahkan nak baca novel kesukaan pun jarang-jarang ada masa terluang. Dirumah pun anak-anak kecil asyik nak berkepit, bahkan, nak masuk bilik air pun sikecil tu pun nak ikut sama. Berbanding kalau kita bekerja, anak-anak biasanya diletakkan dirumah pengasuh atau taska. Jadi, kita ada sedikit ruang untuk melakukan hobi sendiri seperti keluar dengan kawan-kawan atau bershopping bersendirian tanpa gangguan anak-anak ketika waktu rehat atau balik dari kerja.Kalau kita surirumahtangga sepenuh masa, tentu susah untuk kita meninggalkan anak-anak kerana tidak ada yang menjaga.
Cuba cari aktiviti yang menyeronokkan yang boleh kita lakukan bersama anak-anak yang boleh menggembirakan hati kita dan anak-anak. Contohnya, main bola bersama anak-anak dihalaman rumah, berbasikal atau berjalan-jalan bersama disekitar kawasan taman rumah,bersenam sambil menemankan anak-anak ditaman permainan, mencuci halaman rumah atau berkebun bersama-sama. Atau, kita boleh membaca novel kesukaan, menjahit, memasak atau menulis blog! ketika anak-anak sedang tidur .
4. Kurang kepuasan sosial
Bila jadi surirumah, kebanyakan masa kita banyak dihabiskan dirumah. Secara sendirinya, kita jarang dapat keluar dan bersosial dengan orang lain. Cuma untungnya dunia teknologi masa kini, kita ada banyak cara untuk berhubung dengan kawan-kawan atau orang lain secara maya. Tetapi, ia masih belum dapat memuaskan hati tambahan lagi apabila kita sudah terbiasa mempunyai ramai kawan semasa kita bekerja.
Cuba berniaga, cara ni selain dapat menambah pendapatan, dapat juga menambah kenalan. Selain itu. berkunjung kerumah kawan-kawan atau buat jamuan kecil dan jemput kawan-kawan datang kerumah juga dapat mengeratkan hubungan kita dengan kawan-kawan.
5. Penat dan letih dengan kerenah anak-anak sehingga menimbulkan rasa marah
Ya, melayan kerenah anak-anak yang masih kecil memang amat meletihkan.Berbeza tahap usia anak, berbeza kerenah meraka yang harus kita hadapi. Masa bayi, mereka menuntut lebih perhatian dan sentiasa ingin bersama kita. Bila dah besar, dah pandai bercakap, kita akan menghadapi kerenah yang berbeza pula seperti bergaduh antara mereka, menyepahkan rumah dengan mainan , mengacau kita membuat kerja, mengacau adik-adik yang masih kecil dan macam-macam lagi kerenah yang kadang-kadang membuat kita rasa marah hampir setiap masa.
Yang ini, kita memang memerlukan kesabaran yang tinggi dan kebijaksanaan dalam menangani kerenah anak-anak. Bagi saya, kaedah menghukum terlalu keras seperti merotan, mencubit atau menarik telinga bukanlah pilihan saya. Saya merasakan hubungan saya dengan anak-anak akan jadi lebih jauh, dan mereka akan lebih susah mendengar kata-kata saya sekiranya saya menghukum mereka dengan kekerasan. Saya juga akan dihantui rasa bersalah apabila mengingatkan kembali perbuatan saya tersebut sekiranya saya mencubit atau memukul mereka. Pada pendapat saya, terlalu suka memarahi anak-anak akan menyebabkan mereka hilang keyakinan diri. Mereka mungkin akan menjadi pasif disekolah, takut bertanya kepada guru kerana takut dimarahi sekiranya perbuatan mereka itu salah. Mereka juga akan takut mencuba sebab takut mereka salah dan dimarahi. Saya lebih suka menjadikan mereka seolah-olah kawan-kawan saya. Bermain bersama mereka (kadang-kadang saya main playdoh dengan anak-anak, susun puzzle atau blok), menonton bersama (tengok cerita upin-ipin, atau pasang you tube lagu-lagu prasekolah seperti abc, nombor, alif ba ta, nasyid kanak-kanak, cerita-cerita pengajaran yang secara tak langsung boleh mengajar mereka secara santai), atau pasang muzik sambil bersenam bersama (saya buat dalam rumah je la...hihi.....). Cara ini bagi saya lebih mudah untuk menegur mereka kerana mereka merasa dekat dengan kita dan lebih mudah untuk mendengar kata-kata kita. Tetapi, ada juga masa saya bertegas dan memarahi mereka supaya mereka faham apabila mereka berbuat perkara yang tidak elok adalah tidak baik. Mereka akan memahami apa yang mereka lakukan itu tidak elok apabila kita marah dengan mereka tetapi haruslah menerangkan kepada mereka supaya mereka faham kesalahan mereka. Tetapi lain orang, lain caranya. Fikirkanlah kaedah yang terbaik untuk anak-anak kita, kerana kita lebih faham kehendak atau perangai anak-anak kita.
Cabaran Ekonomi
1. Tiada lagi wang sendiri
Tidak bekerja bermaksud kita tiada lagi gaji atau duit sendiri. Tak boleh lagi berbelanja membeli kehendak sesuka hati. Kecuali kalau suami kita mampu memenuhi setiap kehendak kita.
2. Tidak ada kepuasan membeli
Kalau sebelum ini kita boleh berbelanja dengan senang hati, boleh beli apa sahaja yang berkenan dihati, tapi bila kita tidak ada lagi duit sendiri, tentulah tak boleh lagi berbuat begitu.Tentu kita terpaksa mengenepikan perasaan untuk memiliki sesuatu yang kita suka untuk mengelakkan ekonomi keluarga kita ada masalah kan.......
3. Ketidakstabilan ekonomi keluarga
Bila kita tidak lagi bekerja dan tiada lagi gaji, ini boleh mengganggu ekonomi keluarga, sekiranya suami kita tidaklah berpendapatan tinggi. Walaupun suami masih mampu menanggung keluarga, tetapi akan ada masanya kita akan menghadapi masalah kewangan contohnya ketika awal tahun, dimana kita banyak memerlukan duit untuk persediaan anak-anak masuk sekolah.
4. Tiada kewangan 'back-up'
Sekiranya suami jatuh sakit atau ditimpa kemalangan dan tidak dapat bekerja, kita tidak ada lagi sumber pendapatan. Sekiranya kita bekerja, sekurang-kurangnya kita masih ada pendapatan untuk menampung perbelanjaan keluarga.
5. Tidak boleh atau jarang dapat membantu ahli keluarga yang lain dari segi kewangan. Tak dapat lagi bagi duit kat mak ayah atau tolong adik beradik yang lain dengan kewangan.
Untuk mengatasi masalah kewangan, kita boleh cuba berniaga dari rumah kerana sekarang ramai yang berniaga dari rumah kerana kemajuan teknologi hari ini dan bertambahnya perkhidmatan sokongan seperti khidmat kurier. Atau kita boleh bekerja dari rumah seperti menjahit, mengambil tempahan kuih muih, kek , roti atau masakan lauk pauk sekiranya mempunyai kemahiran memasak, membuat khidmat home tuition ataupun ambil upah mengasuh kanak-kanak. Sedikit sebanyak dapat juga wang sendiri malahan mungkin dapat meningkatkan ekonomi keluarga.
Kemahiran diri atau ilmu yang dimiliki semakin hilang
Kalau sebelum ini kita mempunyai kemahiran-kemahiran atau ilmu-ilmu tertentu , apabila kita semakin sibuk dengan urusan rumahtangga, kita mungkin akan mengabaikan kemahiran-kemahiran atau ilmu-ilmu yang dimiliki sebelum ini. Biasanya bila bilangan anak makin bertambah, urusan rumahtangga juga turut bertambah.
Asah kembali kemahiran atau ilmu yang dimiliki supaya ianya tidak dibazirkan begitu sahaja. Tapi pastikan ianya tidaklah sampai mengganggu urusan rumahtangga kita, kerana kita mesti ingat, keutamaan kita adalah pada rumahtangga. Apabila rumahtangga terurus sempurna, kehidupan keluarga kita akan lebih ceria dan gembira. Seperti saya sendiri, menulis diblog ini merupakan kaedah pembelajaran secara tak langsung kepada saya, kerana sedikit sebanyak mengajar saya mahir menggunakan teknologi yang ada, mengasah kemahiran berbahasa dengan menulis dan peluang saya untuk memiliki hobi sendiri yang memberi faedah.Sekurang-kurangnya saya merasakan ilmu yang dimiliki semasa belajar dan kemahiran yang dimiliki semasa bekerja dulu tidaklah dibazirkan begitu sahaja.
Ini adalah serba sedikit cabaran yang saya sendiri hadapi setelah bergelar surirumahtangga sepenuh masa dan pengalaman / idea / kaedah bagaimana saya mengatasinya. Tapi mungkin ianya tak sama dengan orang lain. Tapi apapun cabarannya, tanganilah dengan bijak atau dapatkan bantuan sekiranya kita tidak mampu mengatasinya sendirian. Terutama apabila kita mengalami masalah emosi, jangan pandang remeh pada masalah emosi. Masalah emosi yang tak ditangani dengan betul, mendatangkan suasana murung dan tidak ceria dalam keluarga dan menyebabkan kita mengabaikan tanggungjawab kita.
***Saya amalkan Qaseh Gold Adinda, untuk menambah tenaga dan menstabilkan mood. Saya juga ambil Gojes by QasehGold untuk menyerlahkan penampilan diri. Boleh hubungi saya, SAKINAH untuk mengetahui kebaikan produk ini atau ingin menambah pendapatan keluarga melalui berniaga produk Qaseh Gold.
Jumpa lagi..............
Terima Kasih pada yang sudi membaca......☺
Asah kembali kemahiran atau ilmu yang dimiliki supaya ianya tidak dibazirkan begitu sahaja. Tapi pastikan ianya tidaklah sampai mengganggu urusan rumahtangga kita, kerana kita mesti ingat, keutamaan kita adalah pada rumahtangga. Apabila rumahtangga terurus sempurna, kehidupan keluarga kita akan lebih ceria dan gembira. Seperti saya sendiri, menulis diblog ini merupakan kaedah pembelajaran secara tak langsung kepada saya, kerana sedikit sebanyak mengajar saya mahir menggunakan teknologi yang ada, mengasah kemahiran berbahasa dengan menulis dan peluang saya untuk memiliki hobi sendiri yang memberi faedah.Sekurang-kurangnya saya merasakan ilmu yang dimiliki semasa belajar dan kemahiran yang dimiliki semasa bekerja dulu tidaklah dibazirkan begitu sahaja.
Ini adalah serba sedikit cabaran yang saya sendiri hadapi setelah bergelar surirumahtangga sepenuh masa dan pengalaman / idea / kaedah bagaimana saya mengatasinya. Tapi mungkin ianya tak sama dengan orang lain. Tapi apapun cabarannya, tanganilah dengan bijak atau dapatkan bantuan sekiranya kita tidak mampu mengatasinya sendirian. Terutama apabila kita mengalami masalah emosi, jangan pandang remeh pada masalah emosi. Masalah emosi yang tak ditangani dengan betul, mendatangkan suasana murung dan tidak ceria dalam keluarga dan menyebabkan kita mengabaikan tanggungjawab kita.
***Saya amalkan Qaseh Gold Adinda, untuk menambah tenaga dan menstabilkan mood. Saya juga ambil Gojes by QasehGold untuk menyerlahkan penampilan diri. Boleh hubungi saya, SAKINAH untuk mengetahui kebaikan produk ini atau ingin menambah pendapatan keluarga melalui berniaga produk Qaseh Gold.
Jumpa lagi..............
Terima Kasih pada yang sudi membaca......☺