Tentang Saya

Assalamualaikum WBT.


Nama saya Sakinah.Ibu kepada 3 anak kecil.Berasal dari kelantan, tapi menetap di Shah Alam.Sebelum bergelar surirumah, saya bekerja sepenuh masa, tetapi keinginan untuk menjaga sendiri anak-anak dan inginkan kehidupan yang lebih berkualiti, menyebabkan keinginan untuk menjadi surirumah tu sentiasa mebuak-buak.Tapi nak berhenti kerja tu rasa sayang sebab dah lama saya bekerja dan ada kawan2 yang best dan bos yang sangat2 baik,memahami dan sporting. Tapi nak dijadikan penyebab, suami saya terpaksa bertukar tempat kerja ke Negeri Sembilan dan pengasuh anak-anak saya tak dapat lagi menjaga anak-anak saya, ini seolah-olah memberi saya satu alasan untuk berhenti kerja.Maka saya berhenti kerja dan ikut suami berpindah ke Negeri Sembilan. Pada mulanya memang rasa seronok dapat bersama dengan anak-anak sepanjang masa, tapi lama kelamaan saya terasa ada benda yang kurang.Saya semakin kurang berkawan dan rutin harian yang sama membuatkan saya rasa bosan dan terfikir, aku harus melakukan sesuatu yang bukan sahaja boleh menyeronokkan hati tetapi dapat meningkatkan kemahiran diri dan mendatangkan hasil yang bermanafaat tetapi pada masa yang sama tetap tak mengabaikan anak-anak dan keluarga.

Hari-hari saya google, apa yang patut saya lakukan.Okay, mungkin aku patut cuba berniaga.Tapi, nak jual apa ye.....Pakar2 nasihat niaga kata, kalau nak berniaga, seboleh mungkin jangan amalkan meminjam,gunakan dulu apa yang kita ada dan juallah produk yang kita sendiri gunakan.Kalau tak lakupun, kita masih boleh guna produk tersebut, jadi tak rugi dan untuk jual lebih mudah sebab kita sendiri pun sudah tahu kebaikan produk-produk tersebut.


Saya sukakan Tupperware, dan  saya banyak gunakan produk-produk Tupperware. Saya pun join Tupperware dan mula promote Tupperware pada ahli keluarga dan kawan-kawan. Alhamdulillah, seronok berniaga Tupperware.Kalau kawan-kawan nak tahu apa yang bestnya produk2 Tupperware atau berminat nak jadi ahli, dialu-alukan untuk call atau whatsapp saya yer....012-6791454.




Antara pengalaman seronok join Tupperware

Saya juga mula menjual tudung dan aksesori perempuan.Selain seronok apabila customer beli tudung2 yang saya jual, saya juga seronok sebab tak lagi perlu bersusah-payah untuk keluar shopping berjam-jam semata-mata ingin mencari tudung yang ingin dipadankan dengan baju yang baru dibeli, tapi boleh pilih je dari koleksi yang saya ada......mudah jadinya kan........he..he..



 Koleksi Tudung


Saya juga merupakan pengamal tegar produk qaseh gold dan sangat banyak kebaikan yang saya perolehi dari produk ini. Produk qaseh gold bukan sahaja serasi dengan saya, malahan turut diamalkan oleh ahli keluarga saya.Pertama kali saya mencuba produk qaseh gold ni, saya cuba Qaseh Gold Adinda , ketika itu saya mengandung kali keempat. Mengandung kali keempat tu saya ada masalah kesihatan. (Cerita penuh : Ceritera Qaseh Adinda )Alhamdulillah, masalah kesihatan saya sembuh dengan mengamalkan Qaseh Gold Adinda. Mengapa saya suka amalkan produk qaseh gold ni, pertama kerana produk makanan khasiatnya senang untuk diamalkan selain rasanya yang sedap.Selain itu, produk qaseh gold adalah keluaran Ana Edar Sdn. Bhd. sebuah syarikat bumiputera dengan produk-produk yang halal dan suci. Kita boleh menggunakan produk2 kosmetik dan penjagaan diri tanpa ada rasa was-was dan boleh dibawa solat.Berminat nak cuba produk qaseh gold boleh hubungi saya di 012-6791454.





Bagi yang ingin menambah pendapatan, Qaseh Gold adalah pilihan yang tepat!Sertai kami SEKARANG!




Terima kasih sudi berkunjung keblog saya. Salam perkenalan 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka Fesyen Muslimah Terkini? Jom Shopping Sini! (Klik Gambar)

Baju Muslimah