Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Thursday, July 30, 2015

Petua Hilangkan Kesan Darah Pada Pakaian

Assalamualaikum

Pakaian yang terkena darah biasanya susah nak cuci untuk hilangkan kesan darah tu kan. Terutama orang perempuan, kalau period kalau tak banyak, mesti ada jugak sikit darah yang terkena pada seluar dalam. Terutamanya pada awal2 period. Pakaian yang ada kesan darah tu dah tak boleh dibawak sembahyang. Petua saya, saya gunakan sabun mandi untuk hilangkan kesan darah tu. Caranya, basahkan pakaian yang terkena darah tu, gosokkan dengan sabun mandi, dan biarkan dalam sejam dua.Bila kesan darah tu dah hilang, boleh jer basuh dengan mesin basuh macam biasa.

Baju baby yang terkena najis baby pun boleh guna cara macam ni untuk senang cuci.Biasanya saya kalau ada baby, saya banyak menggunakan sabun mandi untuk membasuh pakaian baby saya. Selain senang menghilangkan kesan najis atau kotoran yang terkena pada pakaian baby, cara ni jugak boleh mengelakkan kulit baby menjadi gatal-gatal akibat alah kepada kesan sabun yang kita gunakan untuk membasuh pakaiannya.

Ini cara saya, tapi kalau kawan-kawan ada petua lain yang ingin dikongsi bersama, bolehlah komen kat ruangan komen tu yer.........Sharing is caring! ^-^


Monday, July 6, 2015

Petua Kunyit, Lengkuas dan Halia Tahan Lama

Kunyit, halia dan lengkuas biasanya bahan penting kalau kita nak masak gulai,sup atau apa saja jenis masakan.Tapi biasanya sikit jer yang kita guna kan? Selalunya lebihan halia, lengkuas atau kunyit yang kita tak habis guna tadi akan dibazirkan macam tu aje sebab biasanya ia akan jadi kering atau busuk dan tak boleh digunakan lagi kalau tak betul cara penyimpanannya. Saya sebenarnya pun baru dapat petua ni dari kawan saya yang berkongsi melalui group  wasap. (terima kasih wan,pinjam gambar sekali eh.......hehe)


Caranya ialah dengan memasukkan lengkuas, halia atau kunyit yang masih segar kedalam bekas yang berisi air dan simpan dalam peti sejuk.Saya google, ada yang cakap tak simpan dalam peti sejuk pun takpe, tapi saya simpan dalam peti sejuk. Tapi air tu mestilah ditukar 3 atau 4 hari sekali, jangan sampai air tu berlendir.Dengan cara ni, boleh tahan sampai dua bulan, lengkuas, kunyit dan halia tu masih elok dan masih boleh digunakan untuk memasak. Ha, cuba ye kawan-kawan.



sakinahabhalim.blogspot.com

Cara lain kalau kita tak nak bazirkan kunyit dan halia ialah dengan buat garam kunyit (yang biasanya kita lumurkan pada ayam atau ikan kalau kita nak goreng ayam atau ikan tu) ready made. Selain tak membazirkan lebihan kunyit atau halia yang tak habis digunakan, kaedah ini juga dapat menjimatkan waktu memasak. Saya biasanya kisar kunyit, halia dan bawang putih dengan cuka.Cuka tu jangan banyak sangat, agak2 cukup untuk kita kisar kunyit, halia dan bawang putih tu.Cuka tu kalau tak berlebihan, dia tak buat ayam atau ikan kita jadi rasa masam, bahkan boleh menghilangkan bau hanyir ayam atau ikan. Ayam pun jadi rangup kat luar, tapi lembut kat dalam bila kita goreng.

Bila dah lumat kita kisar kunyit, halia dan bawang putih tu, bolehlah kita tuang didalam bekas dan campurkan dengan garam.Gaul-gaulkan garam tu biar sampai sekata dengan bahan yang dikisar tadi.Dah siap! Boleh simpan didalam bekas. (*gunakan bekas atau botol yang kita tak sayang sangat sebab nanti bekas atau botol tu jadi kuning. Begitu jugak blender, elok guna jar yang berasingan sebab jar blender tu nanti jadi kuning.)  Nanti nak masak, just lumurkan je pada ayam atau ikan.Kerja memasak pun jadi cepat kan. Garam kunyit ni boleh tahan lama berbulan-bulan, tak rosak pun.Sebab garam dan cuka tu dah preserve bahan2 kisar tu. Ni hasil yang saya punya, saya recycle bekas aiskrim jer untuk simpan garam kunyit ready made ni.

sakinahabhalim.blogspot.com

*kalau tak nak masukkan cuka pun takpe.hanya gaul2kan halia dan kunyit yang dikisar dengan garam sahaja pun boleh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka Fesyen Muslimah Terkini? Jom Shopping Sini! (Klik Gambar)

Baju Muslimah