Showing posts with label Corat Coret. Show all posts
Showing posts with label Corat Coret. Show all posts

Thursday, October 22, 2015

Tips # Ajar Anak Cerai Lampin / Cerai Pampers

Assalamualaikum wbt.

Kali ini nak kongsi tips nak ajar anak untuk mudah cerai pampers. Saja kongsi pengalaman saya, mana tahu berguna untuk kawan-kawan kan.......


Sebenarnya, bila umur sesuai untuk ajar anak cerai pampers? Pada kebiasaannya, bila anak kita sudah pandai bercakap, pandai memberitahu dan memahami apa yang diajar (perkara yang simple), kita dah boleh mula latih anak untuk cerai pampers. Pengalaman saya dengan anak pertama, umur tiga tahun baru cerai pampers, manakala anak nombor dua, dua tahun setengah dah cerai pampers sepenuhya walaupun diwaktu malam.Sebenarnya, sebagai ibu, orang yang paling dekat dengan anak, kita dah boleh nampak dan kesan kebolehan anak kita kan? Kalau kita nampak anak kita sudah mula boleh memahami dan menerima arahan, memahami apa yang diajar, itu petanda yang anak kita sudah boleh dilatih untuk cerai pampers. 


Kalau diikutkan, sebenarnya, memang tak mudah nak ajar anak cerai pampers ni. Proses ni bukanlah proses yang boleh berlaku secara semulajadi, tetapi ianya proses yang memerlukan latihan.Sebagai ibu bapa (lebih-lebih lagi ibu.......he...he.....), kita memang perlu perkara kat bawah ni kalau nak ajar anak bebas pampers ! :


1. Kena banyak-banyak bersabar dan komited.

Sebagai ibu, dalam proses nak ajar anak cerai pampers ni memang kita perlu banyak-banyak bersabar. Kalau mudah hilang sabar, memang kita mudah give up @ putus asa, alamatnya nanti tak berjayalah matlamat kita nak bagi anak cerai pampers. Lagi satu, kena komited. Maksudnya, kena bersungguh-sungguh, memberikan tenaga dan perhatian terhadap proses ini. Bunyi macam serius kan? Memang kena serius komited, kalau tak, kita pun akan mudah mengalah sebab memang penat nak ajar anak cerai pampers ni, percayalah.....

Kenapa kena banyak-banyak bersabar, biasanya bila kita latih anak cerai pampers ni, kejadian-kejadian seperti ini mesti akan ada berlaku :

- anak terkencing atau terberak didepan kita ketika kita tengah sembahyang
- anak terkencing atau terberak ketika tengah makan
- anak terkencing atas karpet / sofa / tilam 
- anak terkencing ketika di pasaraya, tempat-tempat awam, rumah orang lain

Banyak-banyaklah bersabar bila menghadapi situasi macam...he...he..



2. Jaga emosi - jangan marah anak.

Pengalaman saya dengan anak saya, kalau saya memarahi anak saya kalau anak terkencing atau terberak dilantai, kejadian tu mesti akan berulang lagi. Ia seolah-olah anak saya memprotes perbuatan saya. Tapi memang betul, anak -anak saya memang cakap kat saya macam ni "penatlah ibu macam ni, asyik nak kebilik air. Kencing berak dalam pampers kan senang, tak payah pegi bilik air " . Mula-mula saya dengar anak saya cakap macam tu memang terkejut dan tak percaya, tapi kelakar pun ada jugak.

Anak-anak umur 2 - 3 tahun ni kan kerap kencing dan berak. Berulang-alik kebilik air mungkin buat mereka penat sebab tak biasa. Akhirnya, saya mengambil kaedah memujuk dan memuji mereka, ini lebih berkesan dari memarahi. Psikologi sebagai manusia biasa kan, lebih mudah menerima pujian berbanding dimarahi. Pujuk dia untuk kencing dan berak kat bilik air -  "aira kan dah besar, aira budak pandai kan, pandai kencing / berak pun kat bilik air dah, bagus sangat" 

Tapi terpulang kan, ada sesetengah anak-anak tu mungkin kaedah yang lebih tegas mungkin lebih berkesan. Terpulang pada cara masing-masing. Tapi elakkanlah memarahi anak secara melampau, namanya pun masih belajar kan.



3. Kena Konsistent

Proses mengajar ni kenalah konsistent. Barulah anak faham, yang dia mesti belajar untuk tidak lagi memakai pampers. Kalau hari ni diajar, esok tak, minggu depan pulak ajar, nanti anak-anak jadi keliru pulak. Kalau secara berterusan, cepatlah anak dapat belajar dan cepatlah pandai. Walaupun secara perlahan-lahan, tapi istiqamahlah, dan elakkan terlalu menekan.





Ini antara tips atau petua yang boleh diambil ketika melatih anak untuk cerai pampers:


1. Latih anak secara berperingkat-peringkat

Untuk permulaan, latihlah anak untuk belajar tak pakai pampers, kencing atau berak dibilik air untuk separuh hari sahaja untuk hari pertama. Hari kedua, latih sampai petang. Hari ketiga, barulah latih sampai kemalam. Tapi pada peringkat ni, saya masih pakaikan pampers ketika anak tidur. Bila anak dah pandai kencing / berak dibilik air ketika mereka jaga, baru saya ajar mereka untuk tidak pakai pampers ketika tidur. Berperingkat itu bagi saya lebih mudah. Sebab bagi saya, bila mereka sudah pandai mengawal kencing /berak ketika jaga, risiko untuk terkencing ketika tidur tu akan kurang. 

Tips  - untuk elak anak kencing ditilam ketika tidur, minta mereka untuk kencing sebelum tidur, atau kejut mereka untuk bangun kencing. 

Melatih anak pada peringkat permulaan ni, memang sukar. Kadang-kadang rasa nak putus asa pun ada..hehe...banyak-banyaklah bersabar ye.



2. Bagi lebih tumpuan pada anak, kerap bertanya  

Pada peringkat permulaan ni, memang kita kena banyak bagi perhatian pada anak. Saya biasanya setiap satu jam bawak anak pegi bilik air dan minta dia kencing. Langkah ni nak ajar dia biasakan diri pergi bilik air je dulu. Kadang-kadang tu kencingnya hanya keluar sedikit, atau tak kencing langsung. Tapi langkah ni buat anak faham, bila nak kencing, kena kencing kat bilik air. Tapi memang biasa akan terjadi, anak akan terkencing dan terberak diatas lantai. Jadi, bila berlaku macam tu, cakap kat anak, kenapa kencing / berak kat sini. tak boleh macam ni. kalau nak kencing / berak, mestilah kat bilik air.

Anak-anak apabila bermain, biasanya mereka akan terleka sehingga terkencing dan terberak. jadi, kita haruslah kerap bertanya, sama ada anak nak kencing atau ajak mereka kebilik air untuk kencing. Pada peringkat permulaan ni, memang anak-anak masih belum pandai mengawal kencing / berak mereka lagi. Jadi kita memang kena tanya mereka sama ada nak kencing atau berak.



3. Puji anak 

Puji anak setiap kali dia berjaya kencing atau berak kat bilik air. wah, baguslah aira, dah pandai kencing kat bilik air......pandainya.......aira hebatlah (walaupun kita rasa kelakar dan nak gelak, tapi anak mesti tersenyum bila dengar kita cakap macam ni). 




4. Bagi anak hadiah, benda yang anak suka apabila berjaya dalam latihan. 

Cakap dekat anak, ok, hari ni, kalau aira berjaya tak pakai pampers, ibu akan beli aiskrim yang aira suka tu. Yang ni antara taktik saya yang paling berkesan, sebab anak-anak saya jarang-jarang dapat makan aiskrim pada masa umur diorang ni, dan aiskrim adalah benda yang paling diorang suka time tu.



5. Elakkan guna karpet. Kosongkan lantai.

Pada peringkat permulaan melatih anak cerai pampers ni, elakkanlah guna karpet atau kosongkanlah lantai supaya mudah kita mencuci dan mengemop lantai sekiranya anak terkencing atau terberak. kalau tidak, jenuhlah kita nak mencuci karpet kan.




6. Bawa pakaian spare @ ganti ketika keluar membeli-belah atau bertandang kerumah orang lain

Bila nak pergi membeli-belah atau bertandang kerumah kawan-kawan atau kaum keluarga tu, bawalah pakaian spare anak. Sekiranya mereka terkencing didalam seluar, masih ada pakaian ganti.




Inilah sedikit sebanyak perkongsian saya, hasil dari pengalaman saya mengajar puteri-puteri saya untuk bebas pampers. Sekarang ni tinggal siputera, yang berumur setahun empat bulan tu yang masih memakai pampers. Tunggu dia punya turn pulak, tak tau la macamana la pulak kerenahnya....





Bebas pampers ni, disamping dapat berjimat cermat tak payah beli pampers lagi, bagus untuk anak jugak kan, lebih selesa dan takdelah masalah ruam-ruam.

Sekarang ni pun masih ada lagi insiden-insiden kencing ditilam walaupun sikakak dah berumur 5 tahun, tapi itulah lumrah bergelar ibu bapa kan........ 

Moga Allah sentiasa mempermudahkan urusan kita untuk menjadi IBU BAPA TERBAIK DAN DIREDHAI ALLAH.........aamiin........

Sunday, September 6, 2015

Cabaran Menjadi Surirumah

Assalamualaikum wbt

Mengimbas kembali, sudah hampir dua tahun setengah rupanya saya menjawat jawatan sebagai surirumahtangga sepenuh masa ni. Bila difikirkan kembali, surirumah bukanlah kerjaya pilihan atau yang dicita-citakan ketika zaman kecil-kecil dulu.Malahan, ketika saya mula-mula menjejakkan kaki kealam pekerjaan setelah tamat belajar dulu, menjadi wanita yang mempunyai kerjaya yang hebat disamping keluarga yang sempurna menjadi angan-angan indah saya.....
             
Tetapi, setelah saya berjaya memiliki pekerjaan yang saya amat selesa dengannya, (apa yang saya maksudkan selesa ialah, gaji dan faedah-faedah yang berpadanan, syarikat yang kukuh, bos yang baik hati dan memahami dan boleh jadi kawan baik, dan ada kawan-kawan yang baik dan 'sekepala') saya masih belum selesa dengan kehidupan saya. Perasaan tu mula timbul bila saya dah ada anak. Sebelum ada anak, (hampir 4 tahun kahwin, baru saya ada anak) saya seronok bekerja. Iyalah, takde tanggungjawab besar yang lain yang saya harus fikirkan, cuma kena jaga suami je. Tapi bila dah ada anak, pegi kerja pun teringat-ingat kat anak. Tambah-tambah lagi bila anak masih lagi bayi, sayu jer rasa hati bila pengasuh bagitau anak tak nak minum susu dari botol susu.Iyelah, dah biasa dapat fresh dan direct dari ibu kan....hihi

Saya selalu rasa bersalah pada anak, rasa tak cukup perhatian dan kasih sayang yang saya berikan pada mereka. Kerana saya bekerja, masa yang ada untuk anak-anak hanya sedikit. Keluar rumah waktu diorang masih lagi tidur, bila balik kerja , kalut nak bersihkan diri, nak masak, kemas rumah, basuh baju, lipat baju dan bermacam lagi kerja rumah yang perlu disiapkan, sebab esok hari nak kerja lagi. Sayu rasa hati bila tengok wajah anak-anak waktu diorang tidur.Rasa sangat sedikit waktu yang saya peruntukkan untuk diorang, sedangkan merekalah harta saya yang paling bernilai yang perlu dijaga sebaik-baiknya.

Pada masa itu, perasaan nak berhenti kerja tu memang kuat.Tapi bukan mudah nak ambil keputusan berhenti kerja ni. Bermacam-macam yang saya fikirkan. Tetapi nak dijadikan sebab, suami saya ditukarkan tempat kerja, luar dari Selangor. Saya merasakan inilah jalan keluar kepada masalah saya. Jadi, saya nekad berhenti kerja untuk ikut suami berpindah ke Negeri Sembilan.Sejak itu, rasmilah saya menjawat jawatan SURIRUMAHTANGGA sepenuh masa.

Tetapi, menjadi surirumah bukanlah mudah dan ada cabarannya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi apabila kita bekerja sepenuh masa sebelum ini. Pada kawan-kawan atau adik-adik yang sedang menghadapi dilema seperti yang saya pernah alami, ingin berhenti kerja dan menjadi surirumahtangga sepenuh masa, saya kongsikan cabaran-cabaran yang saya hadapi bila menjadi housewife ni............ 



Cabaran Emosi

Pada saya, inilah cabaran terbesar yang perlu ditangani dengan bijak apabila menjadi surirumah. Ada ramai yang tak sanggup menghadapi cabaran ini, sehingga takut untuk berhenti kerja dan ada yang mengambil keputusan untuk kembali bekerja walaupun sudah berhenti kerja.Antara perkara yang mencabar emosi apabila menjadi surirumah ialah

1. Rendah Diri


Terganggu dengan pertanyaan dan pandangan orang-orang di sekelililing. Lebih-lebih lagi apabila kita mempunyai diploma atau ijazah. Ayat-ayat seperti ' kenapa tak kerja, sayang jer ada ijazah,membazir, buat penat je belajar tinggi-tinggi'. Ini membuatkan kita menjadi rendah diri, iyelah, ramai orang memandang, surirumah hanyalah kerjaya untuk perempuan yang tak berpelajaran tinggi atau tak mendapat pekerjaan. Tambah-tambah lagi bila ada ahli keluarga sendiri memandang rendah pada kita apabila kita menjadi surirumah.


Disinilah pentingnya kita mempunyai niat dan matlamat yang betul sekiranya kita ingin menjadi surirumah. Walaupun ada yang menjadi surirumah sepenuh masa kerana tak mendapat sebarang pekerjaaan, tapi tetapkanlah niat dan matlamat kita supaya kita tahu apa yang kita lakukan mengikut landasan yang betul untuk mencapai matlamat kita.Tak ada niat dan matlamat, seolah-olah kita tak ada tujuan kan......Dan pentingnya niat dan matlamat ini, apabila kita ada terguris dengan kata-kata atau pandangan rendah orang lain kerana kita hanyalah surirumah, kita dapat memujuk perasaan kita dengan mengingat kembali niat dan matlamat kita tersebut. InsyaAllah, hati akan terasa lebih tenang. 



*******



"Innamal A'malu Bin Niat" Sesungguhnya setiap amalan itu di mulakan dengan niat. 


Mulakan lah dengan niat yang betul.  "Aku ingin menjadi suri rumah sepenuh masa untuk mendidik dan mengasuh anak-anak ku sendiri. Akulah institusi kekeluargaan ku. Aku akan berusaha untuk melakukan yang terbaik buat keluargaku walau pada awalnya banyak yang aku tak tahu untuk laksanakan, aku pasti;- cepat aku mulakan, cepatlah aku belajar, cepat aku belajar, cepatlah aku menguasai dan mahir dalam pengurusannya. Insyaallah" 



Contoh salah satu niat tambahan mengikut professionsi, " Aku seorang arkitek, yang berkhidmat dengan kerajaan, tugas ku membantu proses rekabentuk dan pembinaan projek-projek pembangunan kerajaan agar terjaminnya kemudahan untuk rakyat. Aku bersengkang mata memikirkan dan menyiapkan kerja , akau bersengkang masa dengan keluarga demi memantau sesebuah projek terlaksana dengan baik walau terpaksa outstation beribu batu" "Namun aku makin perasan, makin lama aku memikirkan hal pembangunan negara, aku makin terpikir hal pembangunan keluarga. Di mana anak-anak ku pada masa ini, apa yang mereka sedang buat? marah kah mereka pada aku sebab aku tak dapat jaga dan asuh mereka di kala ini. Bagaimana pula dengan suami ku, telah makan kah dia pada masa tengah hari ini. Kecewa kah dia bila aku pilih untuk berjauhan, outstation ke tapak pembinaan di negeri lain ini, adakah aku menyakitkan hati insan-insan di kelilingku? Mungkin kah mereka faham situasi yang aku perlu siapakn projek-projek ini? Sekejap,..........jika aku tak ada hari ini di tapak projek, masih ada ramai yang akan sambung melaksanakan projek ini. Tapi jika aku tidak ada dalam rumah ku hari ini, terkapai-kapailah keluargaku, porak peranda rumahku. Siapa yang akan menggantikan diri ku? Ya..siapa??? Aku seorang arkitek! Aku bukan sekadar mempunyai ilmu pembinaan, tapi aku ada ilmu kesedaran terhadap setiap perkara pembinaan dan rekacipta. Ya akan aku usahakan untuk membina keluarga ku dahulu sambil itu akan aku sentiasa mengamalkan ilmu pembinaan ku walau hanya di rumah. 



Begitulah , kita perlukan satu niat yang logik, emosi, realiti, dan niat yang murni sebelum memulakan sesuatu. Jauhkan niat ingin menjadi suri rumah sebab nak tunjukkan yang suami aku mampu biaya aku, sebab aku insan terpilih, sebab aku malas nak kerja dan segalanya yang negatif dan riak. Jauhkan.  Tanpa niat yang betul, kalian pasti boleh jadi seperti cacing kepanasan di rumah kerana tanpa niat maka tiadalah matlamat. Kalian akan terpinga di rumah dan akhirnya memakan diri sendiri. 



petikan : http://www.khairunnisahamzahara.com/



******



2. Bosan dengan rutin harian yang sama 


Menjadi surirumah biasanya kita melakukan rutin harian yang sama. Bangun pagi, siapkan diri, kemas rumah,basuh baju, masak sarapan, siapkan pakaian suami , siapkan anak untuk kesekolah, hantar anak kesekolah, pergi pasar beli lauk, masak makan tengahari, ambik anak dari sekolah, sediakan makan tengahari untuk anak-anak, hantar anak kesekolah agama, sediakan minum petang, masak makan malam, kemas dapur, lipat baju, gosok baju dan banyak lagi yang tak mampu saya senaraikan semua. Tetapi biasanya, inilah kerja-kerja surirumah yang diulang-ulang rutinnya setiap hari, kecuali hari minggu atau hari-hari cuti am dimana suami dan anak-anak bercuti dan ada dirumah.


Biasanya, saya ubah sedikit rutin harian saya tu bila saya mula ada rasa bosan. Contohnya, kita boleh bercuti memasak, beli je dari kedai atau makan kat kedai. Kain baju boleh hantar pegi dobi. Masa yang terluang tu bolehlah kita gunakan untuk bersantai dengan anak-anak ditaman permainan atau pergi jalan-jalan ke shopping kompleks, atau buat aktiviti kegemaran seperti menonton bersama anak-anak, atau berkebun.





3. Kurang atau tak ada 'ME TIME' ( waktu untuk kita lakukan apa yang kita suka untuk diri kita sendiri tanpa kehadiran orang lain ) 



Apabila mempunyai anak, kebanyakan masa kita akan bersama anak-anak baik dirumah mahupun mahu keluar kemana-mana. Tak dapat lagi nak pegi shopping dengan tenang, keluar dengan kawan-kawan bahkan nak baca novel kesukaan pun jarang-jarang ada masa terluang. Dirumah pun anak-anak kecil asyik nak berkepit, bahkan, nak masuk bilik air pun sikecil tu pun nak ikut sama. Berbanding kalau kita bekerja, anak-anak biasanya diletakkan dirumah pengasuh atau taska. Jadi, kita ada sedikit ruang untuk melakukan hobi sendiri seperti keluar dengan kawan-kawan atau bershopping bersendirian tanpa gangguan anak-anak ketika waktu rehat atau balik dari kerja.Kalau kita surirumahtangga sepenuh masa, tentu susah untuk kita meninggalkan anak-anak kerana tidak ada yang menjaga.



Cuba cari aktiviti yang menyeronokkan yang boleh kita lakukan bersama anak-anak yang boleh menggembirakan hati kita dan anak-anak. Contohnya, main bola bersama anak-anak dihalaman rumah, berbasikal atau berjalan-jalan bersama disekitar kawasan taman rumah,bersenam sambil menemankan anak-anak ditaman permainan, mencuci halaman rumah atau berkebun bersama-sama. Atau, kita boleh membaca novel kesukaan, menjahit, memasak atau menulis blog! ketika anak-anak sedang tidur . 


4. Kurang kepuasan sosial 


Bila jadi surirumah, kebanyakan masa kita banyak dihabiskan dirumah. Secara sendirinya, kita jarang dapat keluar dan bersosial dengan orang lain. Cuma untungnya dunia teknologi masa kini, kita ada banyak cara untuk berhubung dengan kawan-kawan atau orang lain secara maya. Tetapi, ia masih belum dapat memuaskan hati tambahan lagi apabila kita sudah terbiasa mempunyai ramai kawan semasa kita bekerja.


Cuba berniaga, cara ni selain dapat menambah pendapatan, dapat juga menambah kenalan. Selain itu. berkunjung kerumah kawan-kawan atau buat jamuan kecil dan jemput kawan-kawan datang kerumah juga dapat mengeratkan hubungan kita dengan kawan-kawan.








5. Penat dan letih dengan kerenah anak-anak sehingga menimbulkan rasa marah 



Ya, melayan kerenah anak-anak yang masih kecil memang amat meletihkan.Berbeza tahap usia anak, berbeza kerenah meraka yang harus kita hadapi. Masa bayi, mereka menuntut lebih perhatian dan sentiasa ingin bersama kita. Bila dah besar, dah pandai bercakap, kita akan menghadapi kerenah yang berbeza pula seperti bergaduh antara mereka, menyepahkan rumah dengan mainan , mengacau kita membuat kerja, mengacau adik-adik yang masih kecil dan macam-macam lagi kerenah yang kadang-kadang membuat kita rasa marah hampir setiap masa.



Yang ini, kita memang memerlukan kesabaran yang tinggi dan kebijaksanaan dalam menangani kerenah anak-anak. Bagi saya, kaedah menghukum terlalu keras seperti merotan, mencubit atau menarik telinga bukanlah pilihan saya. Saya merasakan hubungan saya dengan anak-anak akan jadi lebih jauh, dan mereka akan lebih susah mendengar kata-kata saya sekiranya saya menghukum mereka dengan kekerasan. Saya juga akan dihantui rasa bersalah apabila mengingatkan kembali perbuatan saya tersebut sekiranya saya mencubit atau memukul mereka. Pada pendapat saya, terlalu suka memarahi anak-anak akan menyebabkan mereka hilang keyakinan diri. Mereka mungkin akan menjadi pasif disekolah, takut bertanya kepada guru kerana takut dimarahi sekiranya perbuatan mereka itu salah. Mereka juga akan takut mencuba sebab takut mereka salah dan dimarahi. Saya lebih suka menjadikan mereka seolah-olah kawan-kawan saya. Bermain bersama mereka (kadang-kadang saya main playdoh dengan anak-anak, susun puzzle atau blok), menonton bersama (tengok cerita upin-ipin, atau pasang you tube lagu-lagu prasekolah seperti abc, nombor, alif ba ta, nasyid kanak-kanak, cerita-cerita pengajaran yang secara tak langsung boleh mengajar mereka secara santai), atau pasang muzik sambil  bersenam bersama (saya buat dalam rumah je la...hihi.....). Cara ini bagi saya lebih mudah untuk menegur mereka kerana mereka merasa dekat dengan kita dan lebih mudah untuk mendengar kata-kata kita. Tetapi, ada juga masa saya bertegas dan memarahi mereka supaya mereka faham apabila mereka berbuat perkara yang tidak elok adalah tidak baik. Mereka akan memahami apa yang mereka lakukan itu tidak elok apabila kita marah dengan mereka tetapi haruslah menerangkan kepada mereka supaya mereka faham kesalahan mereka. Tetapi lain orang, lain caranya. Fikirkanlah kaedah yang terbaik untuk anak-anak kita, kerana kita lebih faham kehendak atau perangai anak-anak kita.





Cabaran Ekonomi

1. Tiada lagi wang sendiri 
Tidak bekerja bermaksud kita tiada lagi gaji atau duit sendiri. Tak boleh lagi berbelanja membeli kehendak sesuka hati. Kecuali kalau suami kita mampu memenuhi setiap kehendak kita.


2. Tidak ada kepuasan membeli 
Kalau sebelum ini kita boleh berbelanja dengan senang hati, boleh beli apa sahaja yang berkenan dihati, tapi bila kita tidak ada lagi duit sendiri, tentulah tak boleh lagi berbuat begitu.Tentu kita terpaksa mengenepikan perasaan untuk memiliki sesuatu yang kita suka untuk mengelakkan ekonomi keluarga kita ada masalah kan.......


3. Ketidakstabilan ekonomi keluarga 
Bila kita tidak lagi bekerja dan tiada lagi gaji, ini boleh mengganggu ekonomi keluarga, sekiranya suami kita tidaklah berpendapatan tinggi. Walaupun suami masih mampu menanggung keluarga, tetapi akan ada masanya kita akan menghadapi masalah kewangan contohnya ketika awal tahun, dimana kita banyak memerlukan duit untuk persediaan anak-anak masuk sekolah.


4. Tiada kewangan 'back-up' 
Sekiranya suami jatuh sakit atau ditimpa kemalangan dan tidak dapat bekerja, kita tidak ada lagi sumber pendapatan. Sekiranya kita bekerja, sekurang-kurangnya kita masih ada pendapatan untuk menampung perbelanjaan keluarga.


5. Tidak boleh atau jarang dapat membantu ahli keluarga yang lain dari segi kewangan. Tak dapat lagi bagi duit kat mak ayah atau tolong adik beradik yang lain dengan kewangan.


Untuk mengatasi masalah kewangan, kita boleh cuba berniaga dari rumah kerana sekarang ramai yang berniaga dari rumah kerana kemajuan teknologi hari ini dan bertambahnya perkhidmatan sokongan seperti khidmat kurier. Atau kita boleh bekerja dari rumah seperti menjahit, mengambil tempahan kuih muih, kek , roti atau masakan lauk pauk sekiranya mempunyai kemahiran memasak, membuat khidmat home tuition ataupun ambil upah mengasuh kanak-kanak. Sedikit sebanyak dapat juga wang sendiri malahan mungkin dapat meningkatkan ekonomi keluarga.




Kemahiran diri atau ilmu yang dimiliki semakin hilang

Kalau sebelum ini kita mempunyai kemahiran-kemahiran atau ilmu-ilmu tertentu , apabila kita semakin sibuk dengan urusan rumahtangga, kita mungkin akan mengabaikan kemahiran-kemahiran atau ilmu-ilmu yang dimiliki sebelum ini. Biasanya bila bilangan anak makin bertambah, urusan rumahtangga juga turut bertambah.

Asah kembali kemahiran atau ilmu yang dimiliki supaya ianya tidak dibazirkan begitu sahaja. Tapi pastikan ianya tidaklah sampai mengganggu urusan rumahtangga kita, kerana kita mesti ingat, keutamaan kita adalah pada rumahtangga. Apabila rumahtangga terurus sempurna, kehidupan keluarga kita akan lebih ceria dan gembira. Seperti saya sendiri, menulis diblog ini merupakan kaedah pembelajaran secara tak langsung kepada saya, kerana sedikit sebanyak mengajar saya mahir menggunakan teknologi yang ada, mengasah kemahiran berbahasa dengan menulis dan peluang saya untuk memiliki hobi sendiri yang memberi faedah.Sekurang-kurangnya saya merasakan ilmu yang dimiliki semasa belajar dan kemahiran yang dimiliki semasa bekerja dulu tidaklah dibazirkan begitu sahaja.




Ini adalah serba sedikit cabaran yang saya sendiri hadapi setelah bergelar surirumahtangga sepenuh masa dan  pengalaman / idea / kaedah bagaimana saya mengatasinya. Tapi mungkin ianya tak sama dengan orang lain. Tapi apapun cabarannya, tanganilah dengan bijak atau dapatkan bantuan sekiranya kita tidak mampu mengatasinya sendirian. Terutama apabila kita mengalami masalah emosi, jangan pandang remeh pada masalah emosi. Masalah emosi yang tak ditangani dengan betul, mendatangkan suasana murung dan tidak ceria dalam keluarga dan menyebabkan kita mengabaikan tanggungjawab kita.



***Saya amalkan Qaseh Gold Adinda, untuk menambah tenaga dan menstabilkan mood. Saya juga ambil Gojes by QasehGold untuk menyerlahkan penampilan diri. Boleh hubungi saya, SAKINAH untuk mengetahui kebaikan produk ini atau ingin menambah pendapatan keluarga melalui berniaga produk Qaseh Gold.

Jumpa lagi..............
Terima Kasih pada yang sudi membaca......☺

Monday, August 10, 2015

Saya Sayang Mak Saya



Baru lepas telefon mak.Tapi tak dapat cakap lama dengan mak, mak tengah beli ikan untuk masak makan tengahari.Tiba-tiba rasa sebak.Diusia mak yang sekarang, alangkah baiknya kalau dapat jaga mak.Jaga makan, minum, pakaian, kesihatan mak.Boleh mak beribadat dan berehat dengan tenang. Tetapi sekarang, saya juga seorang mak.Ada tanggungjawab sebagai mak yang harus saya laksanakan.Tanggungjawab yang lebih utama lagi, adalah tanggungjawab seorang isteri. Apatah lagi saya hidup diperantauan, jauhnya beratus kilometer dari kampung mak.Hampir sehari perjalanan.Agak sukar nak balik jenguk mak dan ayah selalu.Nak bawak mak dan ayah duduk sekali dengan saya, mak dan ayah memang tak nak. Iyalah, lebih seronok tinggal kat kampung.Ramai saudara mara dan kawan-kawan.Mak dan ayah lebih selesa dengan suasana kampung, tenang, rapat dengan jiran-jiran.Kalau ada kenduri kendara, adat bergotong royong buat kerja sama-sama masih ada.Nak pergi masjid pun senang, dekat, boleh jalan kaki.

Kadang-kadang, rasa rindu nak sembang-sembang dengan mak macam zaman-zaman dulu, zaman remaja, zaman belum berkahwin. Baring-baring depan tv, cabut uban mak, sembang-sembang bermacam-macam perkara.Sembang hal orang perempuan sambil mak turunkan ilmu, sembang-sembang resepi masakan dan petua-petua, hinggalah kezaman mak kecik-kecik, zaman jepun, cerita mak adik-beradik yang hanya makan ubi kayu atau nasi yang dicampur pisang rebus.Kalau ada masalah, maklah tempat mengadu.Sampaikan masalah bercinta pun tanya mak.Walaupun kadang-kadang, mak hanya jadi tukang dengar, tapi itu pun dah cukup buat rasa lega.Nyamannya rasa bila tangan mak mengusap-ngusap rambut dikepala.Teringat dulu masa zaman belajar kat UPM, nak pergi UPM Serdang dari kampung naik keretapi.Selalu kena gelak-gelak dengan orang-orang atas keretapi bila nak naik keretapi, cium mak berkali-kali....'ish ish kesiannya dia, dah nak kena tinggal mak.Tak boleh tido bawah ketiak mak lagi..' selalu jugak kena ejek2 macam tu..........hehe......... 

Sekarang semua itu dah jadi kenangan.Sekarang ini, anak-anak saya pulak yang menagih perhatian dan kasih sayang.Kalau dulu, dah besar pun nak bermanja-manja dengan mak.Tapi sekarang, anak-anak pula yang nak bermanja.Dapat balik kampung pun jarang-jarang, bila balik seakan-akan tak cukup masa nak bersama-sama dengan mak.Iyalah, bila balik jarang-jarang, banyak perkara yang hendak dilakukan.Saudara mara perlu juga dilawati sebab jarang-jarang dapat jumpa, perlu juga bertanya khabar dan kenalkan anak-anak pada saudara mara supaya ukhuwah kekeluargaan tetap kekal walaupun berjauhan.

Bukanlah saya menyesal, berkahwin dan ada anak. Malah, saya syukuri nikmat dan rezeki yang Allah berikan, ada suami yang penyayang dan bertanggungjawab, ada putera, puteri pelengkap,penyeri dan peneman hidup kami.Berkat hasil didikan dan asuhan mak dan ayahlah, saya ada apa yang saya miliki hari ini.

Pesanan untuk kawan-kawan yang masih belum berkahwin.Janganlah bersedih kalau lambat bertemu jodoh.Ambillah peluang ini untuk menjaga dan mencurahkan kasih sayang sebanyak2nya pada mak dan ayah sementara kalian masih belum sibuk untuk menjaga pasangan dan anak-anak.Dan alangkah bertuahnya, sesiapa yang masih dapat tinggal bersama mak dan ayah.Seboleh-bolehnya, janganlah bebankan mak dan ayah dengan perkara yang tak sepatutnya mereka pikul diusia mereka ini.Berilah mereka ketenangan untuk mereka nikmati kehidupan dihujung usia mereka ini setelah berpenat lelah menjaga kita dan adik beradik selama ini. Dan,seboleh-bolehnya, lapangkanlah mereka dari perkara-perkara yang tak sepatutnya mereka lakukan supaya dapat mereka penuhi dengan mendekatkan diri kepada Allah. Ambillah peluang yang ada untuk jaga mak dan ayah kita sehabis baik.

Buat yang dah lama berkahwin, tapi masih belum ada anak atau mungkin tak akan ada anak, janganlah bersedih.Hikmahnya, kalian punya peluang yang lebih banyak untuk menjaga mak dan ayah. Jenguklah mereka sekerap yang boleh sekiranya mereka tidak tinggal bersama.Curahlah kasih sayang sebanyak2nya untuk mak dan ayah, wali keramat kita!




Zapin Yang Tinggal

(Ramlah Ram)


-------------------------------------------------


Masih ada lagi, rumah lama tinggalan ayahanda
Bila aku pulang, masih lagi terbayang lagumu
Rasa wangi lagi, haruman mu ibu
Keringat ayah, di kamar yang tinggal


Ibu... aku telah dimiliki
Jauh... kutinggalkan desa ini
Pusaramu kusiram, kurasakan aku direstui
Apa yang kau berikan, aku kini rasa disayangi

Pulang abang, pulang saudaraku
Masih hijau, di desamu ini
Bayu masih, seperti dahulu
Hujan rintik, dihias pelangi

Ku mohon ampunmu, pinta ibu tidak kutunaikan
Kutinggalkan jua, desa ibu yang sangat kucinta
Harus kuikuti, tempat ku berpegang
Selepas kau pergi, kami yang tertinggal

Saudaraku, dengar nyanyianku
Kalau boleh, ulanglah selalu


Saya suka dengar lagu Ramlah Ram ni. Tapi mak saya masih sihat walafiat. Saya berikan mak saya Qaseh Gold Premier dan SOLE. Seronok rasanya, dapat menyumbang kepada kesihatan mak dan ayah. Dapat berbakti pada mak dan ayah, walaupun jauh dimata.

Kawan-kawan nak bagi hadiah terbaik untuk mak dan ayah?Jangan teragak-agak, boleh hubungi saya, ye........ 

Whatsapp  : 
012-6791454
SAKINAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka Fesyen Muslimah Terkini? Jom Shopping Sini! (Klik Gambar)

Baju Muslimah