Thursday, August 20, 2015

Tambah Pendapatan Dengan Qaseh Gold

Setiap Yang Besar Bermula Dengan Yang Kecil!


Kalau kawan-kawan selalu baca nasihat-nasihat niaga oleh pakar-pakar motivasi atau kisah-kisah usahawan yang telah berjaya, mesti jumpa ayat ni kan? SETIAP YANG BESAR BERMULA DENGAN YANG KECIL! Ya, setiap yang berjaya, pastinya bermula dengan impian.Daripada impian itulah, mereka mengorak langkah mengikut perancangan yang diatur untuk mencapai impian itu.Meskipun kecil langkah pada awalnya, dengan usaha berterusan tak mustahil suatu hari, impian itu terlaksana.


Jadi, kalau kawan-kawan ada IMPIAN YANG BESAR, ingin jadi usahawan yang berjaya suatu hari nanti, atau ingin mempunyai PENDAPATAN DENGAN ANGKA YANG BESAR, atau ingin menambah pendapatan kepada pendapatan yang telah sedia ada, QASEH GOLD produk terbaik membantu kawan-kawan.


Kenapa Qaseh Gold?

  1. Produk Qaseh Gold adalah keluaran bermutu tinggi Syarikat Ana Edar, syarikat bumiputera Islam yang sudah lebih 30 tahun mengeluarkan dan memasarkan produk Halalan Thoyyiban dengan pelbagai pengiktirafan.
  2. Mempunyai Penasihat Syariah bagi Pelan Pemasaran, sistem pembayaran dan kontrak rakan niaga iaitu Dr. Zaharuddin Abdul Rahman dan Prof Madya Dr. Azman Mohamed Nor 
  3. Produk mempunyai sijil halal dan juga piawaian Barakah Praktis
  4. Produk yang telah terkenal dan terbukti keberkesananya melalui ratusan testimoni pelanggan yang berpuas hati dengan keberkesanannya
  5. Produk bukan dadah atau bahan kimia, tetapi berasaskan bahan semulajadi sahaja
  6. Sistem rangkaian yang menyokong dan bergerak secara berjemaah (ada group sokongan yang berhubung melalui applikasi whatsapp, telegram dan facebook, mendapat tunjuk ajar daripada ketua-ketua hebat dan perkongsian ilmu-ilmu niaga, juga berkongsi bahan-bahan yang boleh membantu promosi seperti gambar, testimoni pelanggan dan video)
  7. Syarikat juga berusaha membantu rakan niaga melalui program-program yang selalu dianjurkan khusus untuk rakan-rakan niaga Qaseh Gold



TETAPI, nasihat saya, cubalah sendiri produk HEBAT Qaseh Gold ini atau berilah pada ahli keluarga yang memerlukan.Kawan-kawan akan mengakui keberkesanannya sehingga ingin berkongsi kebaikannya dengan orang lain. 





*****

Di dalam persepsi Islam, sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada ramai orang. Bukankah hidup ini untuk kita saling memberi nilai di antara satu sama lain?

"Dalam perspektif bisnes ia dipanggil ‘social entrepreneurship’, dalam mencari keuntungan kita membantu memperbaiki kehidupan orang lain. Seperti Henry Ford mencipta kereta, Bill Gates melahirkan perisian komputer, itu semua untuk manfaat manusia.

“Dalam lingkungan hidup, kita saling memerlukan. Contohnya orang jual nasi lemak setiap pagi, dia menyelesaikan masalah mereka yang tidak sempat menyediakan sarapan. Mana tahu dengan nasi lemak itu, pembeli lebih fokus bekerja atau membahagiakannya,” 

- Dr Azizan Osman -

*****

Percayalah, kita akan merasakan satu kepuasan apabila dapat memberi nilai tambah pada kehidupan orang lain!




Kelebihan Menjadi Rakan Niaga Qaseh Gold


Mari lihat apa kelebihan menjadi rakan niaga Qaseh Gold ini :


1. Untung Runcit



    - Diperolehi daripada 10 - 20%


2. Bonus Rangkaian
  • Bonus Unit Saham             10%
  • Bonus Prestasi                  15%
  • Bonus Generasi                 56%
  • Bonus Jemaah Infiniti       14%
     -------------------------------------------------
          Jumlah Bonus                  95%




Sudah membuat keputusan?
Jangan teragak-agak untuk hubungi saya,
SAKINAH
whatsapp/call
012-6791454

Tuesday, August 18, 2015

Set Berpantang Qaseh Gold

set pantang qaseh

                                               

*******************************************
Set Lengkap
*******************************************

Qaseh Gold Adinda / Qaseh Gold Premier
Pati Kristal Garam (SOLE)
Gojes by Qaseh Gold
Gojes Beauty Serum
Rindu Qoqo Stevia



*****************************************
Cara Pengambilan

*****************************************

Pagi

Minum 2 - 3 gelas air bermineral SOLE -  selepas bangun tidur.
Ambil 2-3 sudu besar Qaseh Gold Adinda / Qaseh Gold Premier  - sebelum sarapan.
Rindu Qoqo Stevia  + menu sarapan anda - sarapan



*minum sekurang2nya 8 gelas air bermineral SOLE sepanjang hari




Malam

Ambil 2-3 sudu besar Qaseh Gold Adinda / Qaseh Gold Premier + 1 sachet Gojes by Qaseh Gold sebelum tidur.






***************************************
Khasiat

***************************************

Qaseh Gold Adinda

Dirumus dengan madu, kurma, habbatus sauda, buah tiin (fig), minyak zaitun, saffron dan air zam-zam bersama herba lain. Qaseh Adinda juga dicampur dengan herba khusus untuk wanita iaitu manjakani, pegaga dan buah markisa.


  • Khasiat kurma dan madu didalam Qaseh Gold Adinda membantu memberikan tenaga segera, mengelakkan rasa letih, lesu dan tidak bermaya.
  • Qaseh Gold Adinda membantu mengatasi masalah paras hemoglogin rendah. Kurma menyokong pembentukan sel darah merah.Ini kerana, kurma merupakan sumber zat besi yang baik yang mana zat besi merupakan komponen hemoglobin didalam sel darah merah. Ini dapat mengelakkan masalah paras hemoglobin rendah pada ibu selepas bersalin. Ibu yang mempunyai nilai hemoglobin yang rendah seringkali mengalami masalah pening kepala, sesak nafas, jantung berdegup kencang dan rasa ingin pitam.Masalah hemoglobin rendah juga biasa berlaku pada wanita hamil.Pegaga juga sumber zat besi yang baik.Pegaga juga ramuan dalam qaseh gold adinda.
  • Qaseh Gold Adinda membantu mengelakkan sembelit dan buasir. Kurma tinggi serat, manakala madu bagus untuk sistem pencernaan.Ini membantu mengelakkan sembelit yang biasa berlaku dikalangan wanita selepas bersalin dan dapat mengelakkan masalah buang air besar berdarah dan buasir.
  • Qaseh Gold Adinda membantu menstabilkan mood, mengelakkan masalah MEROYAN. Ini kerana, kurma juga sumber Tryptophan, bahan penting dalam penghasilan serotonin. Serotonin adalah bahan kimia tubuh yang banyak terdapat dalam usus dan otak. Aktiviti serotonin dalam otak membantu menjaga perasaan (mood), manakala dalam usus berperanan penting dalam mengendalikan kerja usus dan menjaga sistem pencernaan serta imuniti tubuh.
  • Qaseh Gold Adinda membantu merangsang penghasilan susu ibu. Susu ibu yang banyak dan bernutrisi menjadikan bayi lebih kenyang, tidur lena dan kurang meragam.Ini dapat memberi peluang kepada ibu untuk berehat.
  • Kandungan Manjakani didalam Qaseh Gold Adinda membantu mengecutkan otot-otot rahim dan membantu menyembuhkan luka-luka pada saluran peranakan.

  • Melaraskan fungsi rahim, kesihatan vagina dan menormalkan kitaran haid
  • Membantu penghasilan hormon seimbang
  • Sole membantu mempercepatkan proses penyembuhan, pembinaan sel baru dan detoksifikasi (buang toksik) dari tubuh



  • Melembabkan Wajah
  • Menganjalkan Wajah
  • Menyerikan Wajah
  • Membantu mengatasi masalah jerawat / jeragat
  • Membantu mengatasi masalah kulit kusam dan kering
  • Memberi Tenaga
  • Antioksidan yang tinggi
  • Memulihara tekstur kulit


  • Melegakan masalah-masalah kulit
  • Mengecilkan pori-pori
  • Menjadikan kulit wajah lebih sihat, lembut dan anjal.


  • minuman coklat yang sedap dan sihat.
  • mengandungi kurma, memberikan tenaga segera
  • menggunakan stevia, pemanis semulajadi tanpa kalori,lebih sihat.


Nak order?
Boleh whatsapp/call saya,
SAKINAH
012-6791454


Monday, August 10, 2015

Saya Sayang Mak Saya



Baru lepas telefon mak.Tapi tak dapat cakap lama dengan mak, mak tengah beli ikan untuk masak makan tengahari.Tiba-tiba rasa sebak.Diusia mak yang sekarang, alangkah baiknya kalau dapat jaga mak.Jaga makan, minum, pakaian, kesihatan mak.Boleh mak beribadat dan berehat dengan tenang. Tetapi sekarang, saya juga seorang mak.Ada tanggungjawab sebagai mak yang harus saya laksanakan.Tanggungjawab yang lebih utama lagi, adalah tanggungjawab seorang isteri. Apatah lagi saya hidup diperantauan, jauhnya beratus kilometer dari kampung mak.Hampir sehari perjalanan.Agak sukar nak balik jenguk mak dan ayah selalu.Nak bawak mak dan ayah duduk sekali dengan saya, mak dan ayah memang tak nak. Iyalah, lebih seronok tinggal kat kampung.Ramai saudara mara dan kawan-kawan.Mak dan ayah lebih selesa dengan suasana kampung, tenang, rapat dengan jiran-jiran.Kalau ada kenduri kendara, adat bergotong royong buat kerja sama-sama masih ada.Nak pergi masjid pun senang, dekat, boleh jalan kaki.

Kadang-kadang, rasa rindu nak sembang-sembang dengan mak macam zaman-zaman dulu, zaman remaja, zaman belum berkahwin. Baring-baring depan tv, cabut uban mak, sembang-sembang bermacam-macam perkara.Sembang hal orang perempuan sambil mak turunkan ilmu, sembang-sembang resepi masakan dan petua-petua, hinggalah kezaman mak kecik-kecik, zaman jepun, cerita mak adik-beradik yang hanya makan ubi kayu atau nasi yang dicampur pisang rebus.Kalau ada masalah, maklah tempat mengadu.Sampaikan masalah bercinta pun tanya mak.Walaupun kadang-kadang, mak hanya jadi tukang dengar, tapi itu pun dah cukup buat rasa lega.Nyamannya rasa bila tangan mak mengusap-ngusap rambut dikepala.Teringat dulu masa zaman belajar kat UPM, nak pergi UPM Serdang dari kampung naik keretapi.Selalu kena gelak-gelak dengan orang-orang atas keretapi bila nak naik keretapi, cium mak berkali-kali....'ish ish kesiannya dia, dah nak kena tinggal mak.Tak boleh tido bawah ketiak mak lagi..' selalu jugak kena ejek2 macam tu..........hehe......... 

Sekarang semua itu dah jadi kenangan.Sekarang ini, anak-anak saya pulak yang menagih perhatian dan kasih sayang.Kalau dulu, dah besar pun nak bermanja-manja dengan mak.Tapi sekarang, anak-anak pula yang nak bermanja.Dapat balik kampung pun jarang-jarang, bila balik seakan-akan tak cukup masa nak bersama-sama dengan mak.Iyalah, bila balik jarang-jarang, banyak perkara yang hendak dilakukan.Saudara mara perlu juga dilawati sebab jarang-jarang dapat jumpa, perlu juga bertanya khabar dan kenalkan anak-anak pada saudara mara supaya ukhuwah kekeluargaan tetap kekal walaupun berjauhan.

Bukanlah saya menyesal, berkahwin dan ada anak. Malah, saya syukuri nikmat dan rezeki yang Allah berikan, ada suami yang penyayang dan bertanggungjawab, ada putera, puteri pelengkap,penyeri dan peneman hidup kami.Berkat hasil didikan dan asuhan mak dan ayahlah, saya ada apa yang saya miliki hari ini.

Pesanan untuk kawan-kawan yang masih belum berkahwin.Janganlah bersedih kalau lambat bertemu jodoh.Ambillah peluang ini untuk menjaga dan mencurahkan kasih sayang sebanyak2nya pada mak dan ayah sementara kalian masih belum sibuk untuk menjaga pasangan dan anak-anak.Dan alangkah bertuahnya, sesiapa yang masih dapat tinggal bersama mak dan ayah.Seboleh-bolehnya, janganlah bebankan mak dan ayah dengan perkara yang tak sepatutnya mereka pikul diusia mereka ini.Berilah mereka ketenangan untuk mereka nikmati kehidupan dihujung usia mereka ini setelah berpenat lelah menjaga kita dan adik beradik selama ini. Dan,seboleh-bolehnya, lapangkanlah mereka dari perkara-perkara yang tak sepatutnya mereka lakukan supaya dapat mereka penuhi dengan mendekatkan diri kepada Allah. Ambillah peluang yang ada untuk jaga mak dan ayah kita sehabis baik.

Buat yang dah lama berkahwin, tapi masih belum ada anak atau mungkin tak akan ada anak, janganlah bersedih.Hikmahnya, kalian punya peluang yang lebih banyak untuk menjaga mak dan ayah. Jenguklah mereka sekerap yang boleh sekiranya mereka tidak tinggal bersama.Curahlah kasih sayang sebanyak2nya untuk mak dan ayah, wali keramat kita!




Zapin Yang Tinggal

(Ramlah Ram)


-------------------------------------------------


Masih ada lagi, rumah lama tinggalan ayahanda
Bila aku pulang, masih lagi terbayang lagumu
Rasa wangi lagi, haruman mu ibu
Keringat ayah, di kamar yang tinggal


Ibu... aku telah dimiliki
Jauh... kutinggalkan desa ini
Pusaramu kusiram, kurasakan aku direstui
Apa yang kau berikan, aku kini rasa disayangi

Pulang abang, pulang saudaraku
Masih hijau, di desamu ini
Bayu masih, seperti dahulu
Hujan rintik, dihias pelangi

Ku mohon ampunmu, pinta ibu tidak kutunaikan
Kutinggalkan jua, desa ibu yang sangat kucinta
Harus kuikuti, tempat ku berpegang
Selepas kau pergi, kami yang tertinggal

Saudaraku, dengar nyanyianku
Kalau boleh, ulanglah selalu


Saya suka dengar lagu Ramlah Ram ni. Tapi mak saya masih sihat walafiat. Saya berikan mak saya Qaseh Gold Premier dan SOLE. Seronok rasanya, dapat menyumbang kepada kesihatan mak dan ayah. Dapat berbakti pada mak dan ayah, walaupun jauh dimata.

Kawan-kawan nak bagi hadiah terbaik untuk mak dan ayah?Jangan teragak-agak, boleh hubungi saya, ye........ 

Whatsapp  : 
012-6791454
SAKINAH

Wednesday, August 5, 2015

Rindu Qoqo Stevia

sakinahabhalim.blogspot.com


Rindu Qoqo Stevia
RM27
Berat Isi Kandungan : 800 gm



Satu-satunya minuman coklat  dengan STEVIA!................
Sesuai untuk seisi kelurga!

Rindu qoqo stevia ni rasa coklat dia sedap, nak bancuh pun senang.Cuma tambah air panas atau suam, kacau, dah boleh minum. Tak payah nak tambah susu atau gula, dan tak berketul-ketul.Boleh juga diminum sejuk.


Ramuan utama rindu qoqo stevia ni selain serbuk koko adalah kurma dan stevia. Kurma tinggi dengan gula,tapi ia gula ringkas yang senang diserap oleh tubuh, dan dapat membekalkan tenaga dengan segera. Stevia pulak pemanis semulajadi tanpa kalori,memang menyihatkan..............orang ada diabetis pun boleh minum.




sakinahabhalim.blogspot.com

menu sahur saya ketika bulan puasa,
cukup untuk membekalkan tenaga walau seharian berpuasa!



sakinahabhalim.blogspot.com



Nak cuba rindu qoqo stevia ni, 


boleh Tel / whatsapp saya,
SAKINAH
 012-6791454



Tuesday, August 4, 2015

Gojes Beauty Serum

sakinahabhalim.blogspot.com

Gojes Beauty Serum
RM75 (SM)
RM79 (SS)

Isi Kandungan : 30 ml


Kandungan :
  1. Water
  2. Canadian Willow Herbs
  3. Sym Calmine
  4. Sym Relief
  5. Allantoin

Keistimewaan :
  • membantu melegakan masalah-masalah kulit
  • mengecilkan pori-pori
  • menjadikan kulit lebih sihat, lembut dan anjal!



sakinahabhalim.blogspot.com



Saya pun suka pakai gojes beauty serum ni, kulit muka rasa lebih lembap dan tak berminyak. Pakai sebelum tidur atau waktu pagi, selepas cuci muka dengan sabun muka eksotika wajah!


Testimoni
















Hubungi saya, 
SAKINAH 
untuk dapatkan produk Qaseh Gold!
Tel / whatsapp 012-6791454

Saturday, August 1, 2015

Resepi Kek Batik

Semalam kawan2 kat tempat keje lame wasap nak datang beraya kat umah. Pagi ni godek2 resepi fikir nak hidang apa kat diorang nih...nak masak yang senang dan simple jer dan harus menggunakan bahan2 yang ada kat umah je memandangkan masa yang ada untuk memasak tidaklah banyak. Lagi pula takut nanti putera, puteri hamba bangun dari beradu, terganggu la pulak proses memasak ni he.he... ^-^

Fuh ,nasib baik ada resepi kek batik hasil sumbangan Diana, kawan 'Geng Bobok' (Group whatsapp kawan2 seasrama masa sekolah kat SMSYP1 dulu).......tq Diana he.....he..... Diana ni pakar memasak, semua jenis masakan dia tahu...

Sebenarnya dah lama nak buat kek batik, tapi tak buat-buat.Akhirnya hari ni terlaksana juga impian nak buat kek batik ni.

Jom tengok resepi yang saya guna ni.........


Bahan-bahan
-----------------------------
1 cawan planta
1 cawan susu pekat manis
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan milo
1 bungkus biskut merie
1/2 cawan air



Cara-caranya
-------------------------------

  1. Panaskan planta, masukkan susu pekat manis, kacau sebati.
  2. Masukkan pula serbok koko, milo, kacau lagi bagi sebati.
  3. Masukkan air.Kacau.
  4. Tutup api.
  5. Masukkan biskut yang telah dipatah-patahkan.Gaul sebati.
  6. Masukkan dalam loyang.Tekan-tekan bagi padat.
  7. Sejukkan.Dah sejuk, masukkan dalam peti ais.
  8. Bila dah sejuk, bolehlah dipotong.


inilah hasilnya..........tada.......... ^-^

sakinahabhalim.blogspot.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka Fesyen Muslimah Terkini? Jom Shopping Sini! (Klik Gambar)

Baju Muslimah