Thursday, October 22, 2015

Tips # Ajar Anak Cerai Lampin / Cerai Pampers

Assalamualaikum wbt.

Kali ini nak kongsi tips nak ajar anak untuk mudah cerai pampers. Saja kongsi pengalaman saya, mana tahu berguna untuk kawan-kawan kan.......


Sebenarnya, bila umur sesuai untuk ajar anak cerai pampers? Pada kebiasaannya, bila anak kita sudah pandai bercakap, pandai memberitahu dan memahami apa yang diajar (perkara yang simple), kita dah boleh mula latih anak untuk cerai pampers. Pengalaman saya dengan anak pertama, umur tiga tahun baru cerai pampers, manakala anak nombor dua, dua tahun setengah dah cerai pampers sepenuhya walaupun diwaktu malam.Sebenarnya, sebagai ibu, orang yang paling dekat dengan anak, kita dah boleh nampak dan kesan kebolehan anak kita kan? Kalau kita nampak anak kita sudah mula boleh memahami dan menerima arahan, memahami apa yang diajar, itu petanda yang anak kita sudah boleh dilatih untuk cerai pampers. 


Kalau diikutkan, sebenarnya, memang tak mudah nak ajar anak cerai pampers ni. Proses ni bukanlah proses yang boleh berlaku secara semulajadi, tetapi ianya proses yang memerlukan latihan.Sebagai ibu bapa (lebih-lebih lagi ibu.......he...he.....), kita memang perlu perkara kat bawah ni kalau nak ajar anak bebas pampers ! :


1. Kena banyak-banyak bersabar dan komited.

Sebagai ibu, dalam proses nak ajar anak cerai pampers ni memang kita perlu banyak-banyak bersabar. Kalau mudah hilang sabar, memang kita mudah give up @ putus asa, alamatnya nanti tak berjayalah matlamat kita nak bagi anak cerai pampers. Lagi satu, kena komited. Maksudnya, kena bersungguh-sungguh, memberikan tenaga dan perhatian terhadap proses ini. Bunyi macam serius kan? Memang kena serius komited, kalau tak, kita pun akan mudah mengalah sebab memang penat nak ajar anak cerai pampers ni, percayalah.....

Kenapa kena banyak-banyak bersabar, biasanya bila kita latih anak cerai pampers ni, kejadian-kejadian seperti ini mesti akan ada berlaku :

- anak terkencing atau terberak didepan kita ketika kita tengah sembahyang
- anak terkencing atau terberak ketika tengah makan
- anak terkencing atas karpet / sofa / tilam 
- anak terkencing ketika di pasaraya, tempat-tempat awam, rumah orang lain

Banyak-banyaklah bersabar bila menghadapi situasi macam...he...he..



2. Jaga emosi - jangan marah anak.

Pengalaman saya dengan anak saya, kalau saya memarahi anak saya kalau anak terkencing atau terberak dilantai, kejadian tu mesti akan berulang lagi. Ia seolah-olah anak saya memprotes perbuatan saya. Tapi memang betul, anak -anak saya memang cakap kat saya macam ni "penatlah ibu macam ni, asyik nak kebilik air. Kencing berak dalam pampers kan senang, tak payah pegi bilik air " . Mula-mula saya dengar anak saya cakap macam tu memang terkejut dan tak percaya, tapi kelakar pun ada jugak.

Anak-anak umur 2 - 3 tahun ni kan kerap kencing dan berak. Berulang-alik kebilik air mungkin buat mereka penat sebab tak biasa. Akhirnya, saya mengambil kaedah memujuk dan memuji mereka, ini lebih berkesan dari memarahi. Psikologi sebagai manusia biasa kan, lebih mudah menerima pujian berbanding dimarahi. Pujuk dia untuk kencing dan berak kat bilik air -  "aira kan dah besar, aira budak pandai kan, pandai kencing / berak pun kat bilik air dah, bagus sangat" 

Tapi terpulang kan, ada sesetengah anak-anak tu mungkin kaedah yang lebih tegas mungkin lebih berkesan. Terpulang pada cara masing-masing. Tapi elakkanlah memarahi anak secara melampau, namanya pun masih belajar kan.



3. Kena Konsistent

Proses mengajar ni kenalah konsistent. Barulah anak faham, yang dia mesti belajar untuk tidak lagi memakai pampers. Kalau hari ni diajar, esok tak, minggu depan pulak ajar, nanti anak-anak jadi keliru pulak. Kalau secara berterusan, cepatlah anak dapat belajar dan cepatlah pandai. Walaupun secara perlahan-lahan, tapi istiqamahlah, dan elakkan terlalu menekan.





Ini antara tips atau petua yang boleh diambil ketika melatih anak untuk cerai pampers:


1. Latih anak secara berperingkat-peringkat

Untuk permulaan, latihlah anak untuk belajar tak pakai pampers, kencing atau berak dibilik air untuk separuh hari sahaja untuk hari pertama. Hari kedua, latih sampai petang. Hari ketiga, barulah latih sampai kemalam. Tapi pada peringkat ni, saya masih pakaikan pampers ketika anak tidur. Bila anak dah pandai kencing / berak dibilik air ketika mereka jaga, baru saya ajar mereka untuk tidak pakai pampers ketika tidur. Berperingkat itu bagi saya lebih mudah. Sebab bagi saya, bila mereka sudah pandai mengawal kencing /berak ketika jaga, risiko untuk terkencing ketika tidur tu akan kurang. 

Tips  - untuk elak anak kencing ditilam ketika tidur, minta mereka untuk kencing sebelum tidur, atau kejut mereka untuk bangun kencing. 

Melatih anak pada peringkat permulaan ni, memang sukar. Kadang-kadang rasa nak putus asa pun ada..hehe...banyak-banyaklah bersabar ye.



2. Bagi lebih tumpuan pada anak, kerap bertanya  

Pada peringkat permulaan ni, memang kita kena banyak bagi perhatian pada anak. Saya biasanya setiap satu jam bawak anak pegi bilik air dan minta dia kencing. Langkah ni nak ajar dia biasakan diri pergi bilik air je dulu. Kadang-kadang tu kencingnya hanya keluar sedikit, atau tak kencing langsung. Tapi langkah ni buat anak faham, bila nak kencing, kena kencing kat bilik air. Tapi memang biasa akan terjadi, anak akan terkencing dan terberak diatas lantai. Jadi, bila berlaku macam tu, cakap kat anak, kenapa kencing / berak kat sini. tak boleh macam ni. kalau nak kencing / berak, mestilah kat bilik air.

Anak-anak apabila bermain, biasanya mereka akan terleka sehingga terkencing dan terberak. jadi, kita haruslah kerap bertanya, sama ada anak nak kencing atau ajak mereka kebilik air untuk kencing. Pada peringkat permulaan ni, memang anak-anak masih belum pandai mengawal kencing / berak mereka lagi. Jadi kita memang kena tanya mereka sama ada nak kencing atau berak.



3. Puji anak 

Puji anak setiap kali dia berjaya kencing atau berak kat bilik air. wah, baguslah aira, dah pandai kencing kat bilik air......pandainya.......aira hebatlah (walaupun kita rasa kelakar dan nak gelak, tapi anak mesti tersenyum bila dengar kita cakap macam ni). 




4. Bagi anak hadiah, benda yang anak suka apabila berjaya dalam latihan. 

Cakap dekat anak, ok, hari ni, kalau aira berjaya tak pakai pampers, ibu akan beli aiskrim yang aira suka tu. Yang ni antara taktik saya yang paling berkesan, sebab anak-anak saya jarang-jarang dapat makan aiskrim pada masa umur diorang ni, dan aiskrim adalah benda yang paling diorang suka time tu.



5. Elakkan guna karpet. Kosongkan lantai.

Pada peringkat permulaan melatih anak cerai pampers ni, elakkanlah guna karpet atau kosongkanlah lantai supaya mudah kita mencuci dan mengemop lantai sekiranya anak terkencing atau terberak. kalau tidak, jenuhlah kita nak mencuci karpet kan.




6. Bawa pakaian spare @ ganti ketika keluar membeli-belah atau bertandang kerumah orang lain

Bila nak pergi membeli-belah atau bertandang kerumah kawan-kawan atau kaum keluarga tu, bawalah pakaian spare anak. Sekiranya mereka terkencing didalam seluar, masih ada pakaian ganti.




Inilah sedikit sebanyak perkongsian saya, hasil dari pengalaman saya mengajar puteri-puteri saya untuk bebas pampers. Sekarang ni tinggal siputera, yang berumur setahun empat bulan tu yang masih memakai pampers. Tunggu dia punya turn pulak, tak tau la macamana la pulak kerenahnya....





Bebas pampers ni, disamping dapat berjimat cermat tak payah beli pampers lagi, bagus untuk anak jugak kan, lebih selesa dan takdelah masalah ruam-ruam.

Sekarang ni pun masih ada lagi insiden-insiden kencing ditilam walaupun sikakak dah berumur 5 tahun, tapi itulah lumrah bergelar ibu bapa kan........ 

Moga Allah sentiasa mempermudahkan urusan kita untuk menjadi IBU BAPA TERBAIK DAN DIREDHAI ALLAH.........aamiin........

Wednesday, October 7, 2015

Jerebu punca batuk?

Assalamualaikum wbt

Lama tak menjenguk ke blog ni.Bukan setakat menulis, jengah pun tidak. Kalau rumah tinggal lama macam ni, dah berhabuk dan bersawang dah ni.......kan?  ^_^ 

Saya sebenarnya baru baik dari batuk yang agak teruk. Dekat sebulan lebih batuk ni tak mau sembuh2.... Saya pulak jenis yang tak suka makan ubat batuk, so bertahan dengan makan madu, dan amalkan qaseh gold adinda. Siang hari ok, tapi bila malam batuk tu akan jadi teruk. Tambah-tambah lagi bila masuk pukul 11 malam.Tetiba batuk tu jadi tak berhenti-henti. Bila batuk tak berhenti-henti, jadi tak selesa nak buat kerja. Saya pulak suka menulis ditengah-tengah malam.Iyelah, ibu kepada 3 orang budak kecik ni, waktu malam bila anak-anak tidur la waktu terbaik nak menulis. Sunyi, tanpa gangguan.....hihi

Mungkin suasana berjerebu sekarang ni menyebabkan batuk saya lambat sembuh. Walaupun keluar sekejap ambik anak saya kat sekolah pun dah buat saya gatal-gatal tekak dan batuk-batuk tak berhenti sampai sakit rasa kat bahagian dada.


Jerebu tu sebenarnya apa yer? Info ni saya baca kat Pusat Maklumat Rakyat .

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-terapung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ia boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.



Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan . Kesan-Kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah :




1. Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk
2. Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
3. Mata terasa pedih dan berair
4. Hidung berair dan kerap bersin
5. Kulit badan terasa gatal-gatal
6. Terasa sakit dada


Kita dinasihatkan mengikut nasihat-nasihat ni untuk mencegah penyakit akibat jerebu :
1. Mereka yang mengalami penyakit –penyakit seperti berikut batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
2. Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
3. Penutup hidung dan mulut (mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenal pasti sebagai kumpulan yang berisiko tinggi.
4. Sejauh yang boleh orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
5. Kurangkan aktiviti –aktiviti di luar rumah seperti sukan.
6. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
7. Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki kenderaan anda.
8. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
9. Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya, mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar dari kawasan tersebut.





So, kawan-kawan jaga diri dan keluarga yer.........

Nak tingkatkan imuniti tubuh untuk diri sendiri, anak-anak dan ahli keluarga dengan produk makanan sunnah? boleh amalkan produk qaseh gold. Boleh hubungi saya, SAKINAH whatsapp 012-6791454 untuk dapatkan produk qaseh gold yer.....

Jumpa lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka Fesyen Muslimah Terkini? Jom Shopping Sini! (Klik Gambar)

Baju Muslimah